Monday, March 14, 2011

Gila sebagai Kata Penguat?



Hari minggu lepas, rakan sebilik saya menghabiskan masanya menonton cerita. Saya yang sedang menyiapkan tugasan hanya tersenyum melihatnya ketawa seorang diri. Dalam hati saya berkata alahai bahagianya orang dah tak ada tugasan. Tak adalah macam saya, yang masih terkial-kial mencari bahan sebab minggu ini merupakan waktu kemuncak penghantaran tugasan. (Itulah nasib kalau jenis suka membuat kerja pada saat akhir, hehehehe, tapi tidak mengapa bukan, asalkan kerja itu berkualiti) Sedang melayan perasaan, tiba-tiba rakan sebilik saya ketawa dengan kuat seperti orang terkena histeria.
Ada: Hahahahaha. Best giler citer Hantu Kak Limah ini, kelakar giler. Hahahaha..
Saya: Ya ka. Nanti bagi dekat kak ya. Sekarang ni tak sempat lagi nak tengok, banyak sangat kerja minggu ni.
Ada: Ok, nanti kalau akak nak, akak minta ea.
Selepas diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu standart:
Ada: Hahahahaha. Seronok sangat cerita Hantu Kak Limah ini, kelakar sangat. Hahahaha..
Saya: Ya ka. Nanti bagi dekat kak ya. Sekarang ni tak sempat lagi nak tengok, banyak sangat kerja minggu ini.
Ada: Baik, nanti kalau kak nak, kak minta ya.

****
Menurut Kamus Dewan maksud gila:1. tidak sihat atau tidak waras fikirannya (otaknya, ingatannya): 2. penyakit tidak sihat otak (fikiran, ingatan); 3. bp tidak spt yg seharusnya (semestinya, selalunya), tidak normal, luar biasa.
Namun, dalam perbualan di atas, perkataan gila ini merujuk kepada kata penguat bagi menguatkan lagi maksud yang hendak disampaikan. Kini, penggunaan perkataan gila rata-ratanya digunakan oleh golongan remaja dan belia khususnya. Perkataan ini sudah menjadi akar umbi dalam setiap ujaran mereka. Mereka menganggap perkataan ini sangat “stail”. Mungkinkah suatu hari nanti perkataan gila ini akan digunakan sebagai kata penguat? Berdasarkan pengetahuan saya sendiri, perkataan yang selalu diujarkan oleh penutur jati akan direkodkan menerusi sistem data korpus berkomputer, sekiranya terdapat perkataan yang sudah mantap digunakan, perkataan tersebut akan dimasukkan di dalam kamus dan mengalami proses pemberian makna yang baru. Bersetujukah anda sekiranya perkataan“gila” tersebut ditambah maknanya nanti menjadi salah satu kata penguat? (orang Johor (Nisa) komen sikit..hehehehe) Fikir-fikirkan, renung-renungkan…
“Sot-set”: Contoh ayat yang menggunakan perkataan ini:
1) “Eh-eh cun gile tudung ni.”
2) “A’ah lah, cun gile. Aku nak yang colour coklat tu la."
3) “sedap gile mee bandung Muar."
4) “laju gile line internet.”

1 comment:

  1. masalahnya orang Johor sahaja yang biasa menggunakan perkataan 'gila' ini dan diikuti oleh orang sekeliling mereka.ianya sudah menjadi 1 trend.mungkin 1 hari nanti bahasa melayu dapat terima perkataan ini menjadi perkataan rasmi bahasa melayu?siapa tahu.=)

    ReplyDelete