Monday, March 14, 2011

Apabila dia merajuk, perlukah dipujuk?


Assalamualaikum semua pembaca blog “sot-set bahasa kita”. semoga ceria-ceria ya semua.=) 
Tepat jam 17:21, terdengar bunyi bip..bip..bip.. menandakan adanya masej yang mengetuk pintu peti masuk telefon bimbit saya. Tanpa berlengah saya terus membukanya, nama pengirimnya adalah rahsia ya. (takut ada pulak yang marah dan merajuk). Masejnya berbunyi:
Tq sebab mulut manis sangat… Fine, apa yang jadi nanti jangan salahkan orang lain. Sebab orang dah banyak bersabar dengan awak. Tapi awak??? Mungkin awak suka cakap lebih kurang dengan saya, buat saya sakit hati, tapi awak tak tahu  saya selalu teringat nak cakap dengan awak. Tapi apa yang saya dapat?”
Hahahahahaha, pertama kali saya membacanya saya ketawa dengan kuat, sepatutnya saya terasa dengan masej tersebut, tapi lucu la. hahahahahahah (ketawa lagi).. Buruk sangat rasa apabila orang itu merajuk. Merajuk ke marah? Itulah persoalannya sekarang. Saya kira dia sedang merajuk. Maafkan saya ya, kerana membuatkan anda terasa dengan kata-kata saya. Biasalah manusia ini tidak terlepas melakukan kesilapan, kadang-kadang kita merasakan diri kita betul sehinggalah ada orang yang memperbetulkan kita. Itulah fungsi insan-insan seperti ini di sekeliling kita bukan?
****
Apabila membacanya buat kali kedua, timbul pula rasa bersalah, kerana bahasa yang ditulis ini ternyata bahasa yang digunakan apabila seseorang merajuk. Bahasa orang kecewa dan berkecil hati kerana sebab-sebab tertentu. Seperti hal di atas, mungkin dia merajuk kerana bahasa yang digunakan oleh saya agak kasar tanpa saya sedari. Itulah kadang-kadang lidah kita terlalu tajam sehingga boleh membunuh lawan, namun kata-kata yang berhikmah pula boleh menyedarkan kita dari terus melakukan kesilapan. Contoh lain bagi bahasa merajuk ialah:
“Kita ni melukut di tepi gantang, masuk tak menambah, keluar tak meluakkan”
Yang membawa makna:
“Kehadiran seseorang yang tidak membawa makna atau tidak begitu diperlukan dalam sesuatu keadaan”
“Sot-set”: Manis bicara indah tutur kata, tak seindah rupa pengertiannya, lembutnya lidah mengata nista, lidah yang tiada tulang, mengadu domba serta memfitnah sesama saudara.

No comments:

Post a Comment