Monday, March 14, 2011

Mak Long @ Mak Wa @ Mak Chaq

Semalam saya sempat menelefon ibu di kampung. Sudah seminggu saya tidak menelefon. Biasalah sesudah ganggang di angkat, biasalah mukaddimah yang terpaksa didengar. “Amboi baru dengar suara”. hahahhaha..itulah ayat yang selalu mak saya ujarkan apabila saya terlupa untuk menelefon. Mak saya memberitahu, Mak Wa saya (kakak sulung ayah) ada di rumah, agak lama bersembang dengan mak sehinggalah kredit telefon bimbit saya habis. (huhuhuhu). Rakan sebilik saya bertanya (mencuri dengar rupanya dia) hehehehe:
“Akak, Mak Wa tu sapa? Mak we ke? Ujar Ada.
“Ooh, tu mak saudara kak la, Mak Wa.” balasku
“Ha Mak Wa? Tak rajin dengar pun. soalnya lagi.
“Kalau di Utara kebanyakannya kami panggil mak atau bapa saudara yang sulung itu Wa.
“Sebab apa kak?” soalnya lagi ingin tahu.
“Entahlah, sebab dia yang paling tua kot” balasku pendek.
“Oh jadinya sama la dengan Mak Long atau Mak Yong? Tuturnya yang agak pekat dengan dialek Kelantan.
“Ya la, kalau di utara orang panggil juga dengan gelaran Mak Chaq”.
“Mak Chaq? Kelakarnya..hahahahahaha. Macam-macam kan gelaran ni?. Tawanya meletus.
“ Ya la, bahasa kita kan bervariasi.” Balasku sambil tersenyum.
****
Panggilan untuk bapa atau ibu saudara yang sulung, tengah, alang, bongsu dan sebagainya disebut jenama kekeluargaan pertalian darah atau jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan dalam kesantunan berbahasa. Jenama kekeluargaan pertalian darah ini selalunya diwakili oleh perkataan-perkataan seperti Long, Ngah, Lang, Anjang, Cik, Busu atau Su. Jenama-jenama ini memperlihatkan urutan mengikut kelahiran, iaitu:
·         Long (singkatan bagi sulung)-anak pertama
·         Ngah (singkatan bagi tengah)-anak kedua
·         Lang (singkatan bagi alang)-anak ketiga
·         Anjang atau Njang- anak keempat
·         Cik (singkatan bagi kecil)-anak sebelum anak terakir
·         Busu atau su (singkatan anak bongsu)-anak yang terakhir.
Gabungan jenama-jenama ini menghasilkan gelaran-gelaran seperti yang berikut:
·         Pak Long, Mak Long
·         Pak Ngah, Mak Ngah
·         Pak Njang, Mak Njang
·         Pak Cik, Mak Cik
·         Pak Su, Mak su
Apabila kita mengetahui tatatingkat atau susunan jenama-jenama ini, ia akan melambangkan bahawa kita ini mempunyai kehalusan, kesopanan. Hal ini bagi membuktikan bahawa penutur bahasa Melayu itu tidak dianggap sebagai orang biadab atau tidak berbudi bahasa. Hal inilah yang dipanggil sistem sapaan  dan panggilan tersendiri yang menunjukkan bahawa bahasa Melayu itu terlalu indah, unik dan istimewa. =)

“Sot-set”: Ibu saya meletakkan nama panggilan untuk anak-anak saudara saya seperti berikut:
Haziq: Abang Long, Hadif: Abang Ngah, Alyaa: Adik Chaq dan Ammar: Adik Ngah.




No comments:

Post a Comment