Tuesday, March 15, 2011

Kata Akhir bagi Dialek-dialek tertentu




Idea untuk menulis kembali dengan tiba-tiba, benar kata pujangga, akal yang kuat berkerja pasti membuahkan buah yang ranum. Apabila bercerita tentang dialek pada sesi lepas, saya tergerak untuk menulis berkaitan dengan kata-kata penegas yang digunakan oleh beberapa negeri apabila berkomunikasi dalam dialek atau loghat masing-masing. Misalnya seperti berikut:
“Di sini kita makan bah.”
“Nanti, hang sampai hang telefon aku no?”
“Kito gi kelah puko Smile deh?”
“Minggu depang kite gi jalang ork?”
“Bukunya nanti pulangkan dekat kite erk?”
Apabila ditukarkan ke dalam bahasa Melayu standard:
“Kita makan di sini bah
“Nanti, kau sampai kau telefon aku no?”
“Kita pergi kelas pukul Sembilan deh?”
“Minggu depan kite pergi jalan ork?”
“Nanti pulangkan bukunya pada saya erk?”
****
Penggunaan kata-kata belakang atau kata sokongan ini sentiasa kita dengar sama ada sedar atau tidak. Kehidupan di kampus dan kolej kediaman ini banyak memberi ruang dan maklumat baru kepada saya terutama apabila bergaul dengan rakan-rakan yang berlainan negeri. Saya sering terdengar kata-kata ini diujarkan sama ada mereka bercakap sesama rakan senegeri atau sebaliknya. Kajian atau penyelidikan penggunaan kata-kata ini kurang diketengahkan oleh pengkaji-pengkaji bahasa. Ia sangat menarik kerana kata-kata ini mempunyai makna yang berbeza baik dari segi epistimologinya atau makna ujarannya. Misalnya perkataan “bah” (Sabah), “no” (Kedah, Perlis, Pulau Pinang), “deh” (Kelantan), “ork” (Terengganu), dan “erk” (Johor). Berdasakan pandangan peribadi saya, misalnya perkataan “bah” mengambil tempat daripada sebutan perkataan “Sabah” itu sendiri, iaitu suku kata hujungnya “bah”. Bagi perkataan “no” pula mengambil tempat daripada perkataan Inggeris, iaitu know (tahu). Hal ini disebabkan negeri di bahagian Utara merupakan negeri yang mula menerima pengaruh British, dan disebabkan hal itulah mungkin penutur jati Utara ini terlekat menggunakan perkataan “no”, begitu juga dengan perkataan-perkataan bagi negeri lain.
            Pada pandangan saya penggunaan kata-kata seperti di atas berupa suatu kata-kata sokongan atau persetujuan apabila ia dipersembahkan dalam ayat tanya. Kita seolah-olah meminta sokongan atau tindak balas orang yang dilawan bercakap agar mengiyakan kata-kata kita.  Bagi ayat penyata pula, ia seakan-akan kata penegas yang digunakan untuk memberi penegasan atau kekuatan maklumat dalam sesuatu ujaran.

1 comment:

  1. salam..
    artikel ne ada rujukan x??
    saya sedang mengkaji penggunaan no utk thesis saya..

    ReplyDelete