Thursday, March 17, 2011

Dilarang makan dan minum dalam kenderaan ini!


 Semasa dalam perjalanan hendak ke kelas Sosiolinguistik di Proton City tadi, saya dan Siti Hajar menaiki bas pak cik yang sangat garang (Pak cik yang tidak benarkan kita bawa air naik bas dia tu). Sedang kami rancak berbual, saya terkejut apabila pak cik tersebut dengan lantangnya melontarkan suaranya sebegini:
“Siapa yang makan ni!? Ada bau makanan.”
Kami begitu terkejut kerana tona suaranya begitu kuat, lalu kami menoleh di belakang kerusi kami, terdapat seorang pelajar yang sedang makan “nugget”. Dia pun terkejut dan terus memasukkan plastik “nugget” ke dalam begnya. Mungkin kerana malu melihat mata-mata menoleh ke arahnya. Kemudian kedengaran suaranya membalas:
“Skema baik pak cik ni! Bukannya aku makan buang plastik merata-rata.”
Aku dan Hajar hanya tersenyum sahaja, mujurlah pak cik tersebut tidak menggunakan pembesar suara yang terdapat dalam basnya itu.
****
Apakah perasaan anda jika anda menjadi pelajar perempuan tersebut? Mesti malu dan marah bukan. Namun pak cik tersebut memang menitikberatkan kebersihan dalam basnya sehingga meletakkan tanda dilarang makan atau minum dalam kenderaannya. Aku begitu memuji sikap pak cik tersebut kerana ia seorang yang tegas dan tetap pendirian dan berani menegur secara terus begitu. Namun, tindakannya itu juga telah menyentap sekeping hati hingga menjatuhkan air muka pelajar perempuan. Sepatutnya pak cik tersebut boleh menggunakan bahasa yang labih halus seperti:
“Amboi sedapnya bau makanan. Boleh bagi pak cik sikit?” atau “Pak Cik dah letak tanda di larang makan dan minum dalam bas ini, nak pak cik tolong bacakan ka?
“Sot-set”: Bertindak dan bergerak mengikut arahan, hidup kita akan lebih sistematik.

No comments:

Post a Comment