Thursday, March 17, 2011

Upacara pengebumian masyarakat Cina


Kisah ini telah lama berlaku, iaitu semasa saya dan Mahsuri (bukan nama sebenar) pergi ke Pekan TM untuk membeli tiket balik kampung (entri saya yang kedua). Saya teringat untuk menceritakannya semula apabila terbaca mengenai topik ini. Semasa dalam perjalanan membeli tiket tersebut, saya begitu terkejut dengan nyanyian dan paluan gendang dipalu oleh sekumpulan orang Cina, dan diikuti oleh sebuah bas mini yang di dalamnya hanya terdapat tiga orang penumpang. Secara jujurnya, saya kurang mengetahui fenemona apakah yang sedang berlaku, sehinggalah saya bertanya kepada Mahsuri. Dia memberitahu bahawa ada kematian ahli keluarga mereka. Saya begitu teruja hingga Mahsuri menegur saya supaya tidak nampak terlalu “jakun”. Saya begitu teruja kerana meskipun di kampung sebelah saya terdapat orang Cina tetapi saya tidak pernah mengambil tahu tentang upacara pengebumian atau kematian mereka. Hari tersebut saya melihatnya secara langsung di depan mata. Sekarang saya sudah mempunyai skemata tentang upacara tersebut. Mahsuri mengetahuinya kerana rumahnya bersebelahan dengan orang Cina, dan dia pernah melihat situasi tersebut sebelum ini. Jadi kiranya sayalah “jakun” di sini. Hehehehehe.=)
****
Berdasarkan pembacaan saya tentang upacara ini yang menyebabkan saya teringat akan peristiwa dua bulan lepas itu ialah upacara pengebumian ini dilakukan dengan mengadakan perarakan apabila berlakunya kematian. Perarakan ini biasanya akan diiringi dengan bunyian muzik. Bagi kepercayaan masyarakat ini, seseorang yang menyambut hari kematian yang ke-60 itu sudah memasuki persatuan keranda dan dia perlu membayar yuran bulanan supaya apabila dia mati kelak dia mempunyai keranda yang baik.

No comments:

Post a Comment