Tuesday, March 15, 2011

Pasar punya cerita


Sambungan cerita “menggiat tandas”. Anda semua masih ingat? Ceritanya sebelum kejadian “menggiat tandas” ini, sewaktu saya dan Tun Teja (bukan nama sebenar) ke pekan untuk membeli barang dapur di pasar awam. (Jangan tidak tahu saya ni rajin masak tau. hehehehehe. masuk bakul angkat sendiri pula). Semasa di pasar tersebut kami hendak mencari petai, kerana Tun Teja begitu mengidam hendak makan sambal bilis petai. Jadi kami pun ke bahagian sayur, saya yang tidak tahu memilih ini hanya menuruti kayuhan langkah Tun Teja sahaja. Sedang kami membelek-belek petai, kedengaran suara-suara ini:
“Sayur sini tanam, sini jual, apa pasal mahal?” ujar seorang lelaki yang saya kira lingkungan lewat 50-an.
“Sekarang susah encik, hari-hari hujan. Sayur susah mahu tanam. Itu daun banyak rosak, itu pasal mahal” balas peniaga Melayu yang cuba meniru telor Cina pembeli tersebut.
Setelah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu standard, dialog ini berbunyi:
“Sayur ditanam di sana-sini, kenapa masih mahal?” ujar seorang lelaki yang saya kira lingkungan lewat 50-an.
“Sekarang susah encik, hari-hari hujan turun. Susah mahu tanam sayur. Daun banyak yang rosak, sebab itu mahal” balas peniaga Melayu yang cuba meniru telor Cina pembeli tersebut.
Lantas saya terfikir “hari-hari hujan”, saya kira sudah lebih tiga hingga empat hari bumi TM ini tidak dilimpahi hujan, bagaimana penjual itu berkata hari-hari hujan. Yang peliknya pembeli Cina itu tidak pulak membantah, sebaliknya terus membeli. (Ilmu pelaris apalah yang dia guna).hehehehehe. Mungkin sayur tersebut di tanam di tempat lain, mungkin? Siapa tahu.


****
Persoalannya sekarang bukan mengenai sayur atau petai atau apa-apa yang lain, tetapi mengenai laras bahasa yang digunakan oleh kedua-dua penutur di atas. Laras yang digunakan ialah laras bahasa biasa yang tidak formal dan lebih mudah difahami. Laras ini menggunakan ayat yang sederhana, ringkas dan padat. Misalnya dalam ayat di atas, berlaku pengguguran sama ada pengguguran subjek, predikat atau objek. Biasanya laras ini dipengaruhi latar, penutur, peserta, dan tujuannya. Ayat yang digunakan pada situasi di atas memang bersesuaian dan penguasaan laras bahasa ini penting kerana pengguna bahasa tersebut perlu cekap memilih laras yang sesuai untuk situasi tertentu.
“Sot-set”: Cuba anda bayangkan apakah persepsi orang sekeliling apabila anda menuturkan bahasa formal di pasar?

No comments:

Post a Comment