Sedang melayari laman blog gosip artis terkini, saya ada terbaca tentang artikel tentang seorang artis Malaysia yang kian meningkat naik pada masa ini. Saya begitu tertarik dengan satu ayat yang diujarkannya. Ayat tersebut berbunyi:
“Abang Nara tak nak cakap banyak cuma inilah contoh anak muda yang betul-betul bekerja keras untuk masa depan dia. Respek dan kagum sungguh dengan kesungguhan Aizat untuk memajukan diri sendiri. Dan paling Abang Nara kagumi ialah sikap Aizat yang begitu teliti merancang masa depannya.”
Tentu anda sudah dapat menelah, apakah pula tajuk perbincangan kita pada kali ini? Perkara yang ingin saya ketengahkan pada kali ini ialah penggunaan perkataan “respek” yang sudah sebati dalam jiwa dan bibir orang Melayu khususnya. Dalam ayat di atas, “respek” merupakan perkataan yang berasal daripada perkataan Inggeris, iaitu respect yang bermaksud kagum. Sepatutnya dia menggugurkan sahaja perkataan “respek” dalam ayat di atas, kerana perkataan kagum yang digunakan selepas itu sudah mendukung makna yang sudah difahami.
****
Pada pandangan saya, penutur di atas seakan-akan mahu menonjolkan dirinya begitu pandai berbahasa Inggeris yang sememangnya dianggap sebagai bahasa dunia dan mempunyai status yang tinggi. Namun, hakikatnya dia dengan sengaja mencipta kesalahan bahasa yang semestinya disedari dari awal lagi. Penutur jati bahasa Melayu ini selalu sahaja memelayukan bahasa Inggeris, walhal perkataan yang dimelayukan tersebut tidak langsung diiktriraf peminjamannya oleh mana-mana pihak. Terdapat juga perkataan Inggeris yang dimelayukan, dan setengahnya sengaja ditambah imbuhan supaya lebih mantap kononnya. Contohnya ialah:
*“jom round-round” - “jom ronda-ronda”
*“start hari esok, semua tak payah bawa buku” – “mula hari esok, semua tidak payah membawa buku”
*“Next time sajalah kita pergi” – “lain kali sajalah kita pergi”
*”Kamus itu ditranslatekan ke dalam bahasa Mandarin”- “kamus itu diterjemahkan ke dalam bahasa Mandarin.
Lagi satu contoh:
ReplyDelete"awak,tolong PRINTkan ASSIGNMENT saya boleh?"
PRINT:Cetak. ASSIGNMENT:Tugasan.
Betul.Pelajar universiti selalu menggunakan ayat di atas terutama musim penghantaran tugasan.=)
ReplyDelete