Tuesday, March 15, 2011

Onomatopiea


Belakangan ini kicauan burung “gut-gut” sentiasa mewarnai lewat setiap petang rumah saya. Kadang-kadang bunyi ini begitu merimaskan halwa telinga, namun setelah mendengarnya selalu hati saya menjadi tenang dan melahirkan kerendahan diri akan keindahan alam ciptaan Allah yang maha Esa. Jika di kampung, masyarakatnya selalu mengaitkan bunyi burung ini dengan kematian, maknanya ada seseorang akan mati pada waktu tersebut. Namun kepercayaan ini boleh menggoyah iman seseorang kepada Khalidnya, dan jika ada sekalipun ia hanyalah kebetulan. Persoalannya di sini, bagaimanakah masyarakat Melayu khususnya melahirkan bahasa yang mempunyai makna berdasarkan alam sekeliling?
****
Berikut merupakan sedikit kajian yang dibuat berdasarkan beberapa buah novel yang mempunyai unsur bunyi, sama ada bentuk manusia, objek atau alam itus endiri. Kajian ini dilakasanakan secara berkumpulan semasa mengambil kertas Seni Mengarang pada semsester lalu.
Dam dam dum bunyi mercun,
Kanak-kanak segera datang berduyun,
Dam dam dum mercun berdentum,
Semaraklah hari raya ini tahun.
(Saloma, dalam Maya, 2010)

·         Contoh ayat: Dam dam dum! Bunyi mercun itu mengingatkan nenek Jijah akan kenangan masa lalunya di Kampung Kuala Teriang.
·         Lambang bunyi mercun menandakan perayaan. Dalam budaya masyarakat Cina, mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Bagi masyarakat Melayu menandakan kemeriahan menyambut suasana  Hari Raya Aidilfitri dan mercun dimainkan oleh golongan kanak-kanak.

Kreeeerrrrrrrk! Tikaman itu membelah baju Sarjan Jamit. Terkoyak.
(Harry Yusup, halaman 233)
·         Contoh ayat: “Kreeeerrrrrrrk! Bunyi pisau tajam itu menggerunkan Salmi. Dia mula membayangkan yang bukan-bukan sekiranya pisau itu tersasar mengenai jari-jemari runcing rakannya itu.
·         Bunyi pisau melambangkan luka dan ngeri kerana dianggap boleh membahayakan diri. Dalam masyarakat Melayu lama, pisau atau benda-benda tajam dipercaya mampu menjadi pendinding daripada gangguan hantu.
Drum! drum ! drum ! drum!
Bunyi air terjun. Air terjunnya bersih. (Abdul Jalil Othman, halaman 56

·         Contoh ayat: Drum..!! drum ! drum..!!. Bunyian deruan air terjun sudah semakin hampir. Aku memanjang langkah
·         Bunyi air terjun melambangkan ketenangan. Bagi Fengshui China, air terjun terutama supaya cepat sampai ke destinasi. Mataku terpukau melihat keindahan cipta Allah. Keletihan memanjat bukit hilang begitu saja yang mengalir di bawah dedaunan melambangkan rezeki yang akan datang mencurah-curah.
Sifat bahasa itu sendiri berasal daripada bunyi, bermakna dan lambang. Bunyi ujaran dan makna berbeza-beza atau bersifat sewenang-wenangnya. Misalnya perkataan onomatopoeia untuk anjing menyalak:
·         Wow-wow (Inggeris)
·         Kung-kung (Melayu)
"Sot-set":Alam terkembang jadikan guru

No comments:

Post a Comment