Monday, March 14, 2011

Kembar Seiras

Kembas seiras merupakan isu atau topik yang akan kita “sot-set2” pada hari ini. Anda mempunyai anak kembar? Anak saudara ke? Anak kucing ke? Ada? Tak ada? Hehehehehe.. Saya sangat suka melihat pasangan kembar, baik orang mahupun tumbuh-tumbuhan. Seronok sangat sebabnya kita boleh tengok wajah kita sendiri pada pasangan kembar kita, tak payah lagi tengok cermin. Dulu pernah masa zaman kecil-kecil saya dengan kakak (Salina) selalu berebut pisang atau jambu batu yang kembar, kononnya nanti apabila sudah kahwin kami akan mendapat anak kembar. Hehehehehe..tapi saya selalu kalah dengan dia, dia selalu dapat dahulu apa yang dia nak (sebab tu dulu saya suka cakap dekat mak, yang mak sayang dia lebih dari saya) huhuhu..sekarang saya sudah faham, kadang-kadang masa menjadikan kita lebih matang..saya sayang kakak, mak, ayah dan semua..(maaf terkeluar tajuk pula..hik..hik..hik..) =)
Sebenarnya bukan kembar itu yang akan kita “sot-set2” kan pada hari ini, tapi kembar lain. Saya ingin kongsikan tentang kembar seiras vokal ‘e’ sebenarnya..hehehehe, sengaja diriku ingin membuat kontroversi sikit. Semasa saya sedang mendengar lagu, untuk latihan nyanyian kelas drama (tak tahu la jadi ke tak nyanyian tersebut?), saya ketawa keseorangan mendengar nyanyian salah seorang daripadanya, iaitu Suhaimi Mior Hassan. Saya kira dia ini orang Johor mungkin, kerana selalunya sesetengah orang Johor suka menyebut ‘ә’ pepet sebagai ‘e’ taling. Contohnya dalam lagu tersebut, jika kita perhatikan penyanyinya menyebut ‘renggang’ tetapi ‘rәnggang’ begitu juga dengan perkataan ‘pәgang’ tetapi disebut ‘pegang’ Kalau Berpacaran. (tonton minit 1:38 hingga 1:40) Jadi persoalannya di sini wajarkah penggunaan perkataan-perkataan ini dibiarkan begitu sahaja. Lagipun lagu ini sangat paopular masa sekarang, jadi mengapakah hal ini boleh berlaku?
****
Penyebutan mereka tidak selaras dengan sebutan yang ditentukan dalam Daftar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia, 1991.  Menurut hukum penyebutan baku, huruf ‘e’ melambangkan dua bunyi: ‘e’ taling dan ‘e’ pepet atau ‘e’ tanda. Contoh beberapa perkataan yang harus dibezakan sebutan ‘e’ taling dan ‘e’ pepetnya. Jika disebut salah, maka maknanya akan jauh berbeza. Kosa kata ini dikategorikan sebagai homograf, iaitu hurufnya serupa tetapi sebutan dan maknanya berbeza.
Contoh yang menunjukkan perbezaan ini dapat dilihat menerusi perkataan berikut:
Sepak dengan sәpak: 
Sepak, dengan ‘e’ taling, bermakna tendang, ketis, terajang – gerakan kaki. Cth ayat: Fadzlee suka bermain bola sepak.
Sementara sәpak dengan ‘e’ pepet pula bererti gerakan tangan – memukul dengan telapak tangan atau menempeleng. Cth ayat: “Baik kau diam sebelum aku sәpak muka kau!”


Perang dengan pәrang: 
Pәrang dengan ‘e’ pepet, ertinya pertempuran antara dua pihak atau kumpulan yang bermusuhan dengan menggunakan senjata. Cth ayat: Pәrang psikologi sudah bermula antara ayah dan ibu apabila terdapat percanggahan pendapat antara mereka.
Perang dengan ‘e’ taling bermakna warna yang merah kehitam-hitaman atau kekuning-kuningan. Cth ayat: Belia yang berbangsa Melayu gemar mewarna rambut perang.
Oleh itu, saya mencadangkan kita perlu kembali kepada cara lama untuk menyebut sesuatu perkataan terutama yang melibat homograf, iaitu dengan merujuk kamus atau daftar ejaan bagi mengelakkan penyalahgunaan sebutan sekaligus menyebabkan perubahan makna. Hal ini sangat penting bagi kanak-kanak yang masih dalam peringkat sebutan atau fonologi, mereka ini cepat terikut dengan sebutan orang-orang di sekeliling mereka, terutama yang melibatkan media dan teknologi.
Sot-set: Kini gaya orang bercakap tidak lagi merujuk kamus atau daftar ejaan tetapi berdasarkan sebutan persekitaran. Jadi jika yang disebut salah sudah menjadi betul dan kebiasaan, di manakah hak bagi sebutan yang betul?

No comments:

Post a Comment