Thursday, March 17, 2011

Hamzah Fansuri


Assalamualaikum dan salam ceria semua.
Ini ialah entri saya yang ke-40. Akhirnya perjalanan untuk menuju ke garisan penamat akhirnya tiba jua . Namun entri ini bukanlah yang terakhir untuk saya terus menulis untuk mengankat bahasa kita menjadi bahasa bermutu. Sekalung penghargaan diucapkan kepada pensyarah kursus Sosiolinguistik Bahasa Melayu, Dr. Siti Saniah Abu Bakar yang telah memberi peluang kepada saya untuk menjelajah dan terus menjelajah untuk mencari pengertian bahasa yang sebanar-benarnya menerusi laman blog ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi idea dan sumbangan dengan meninggalkan komen dan pendapat masing-masing.
Baiklah, menjurus kepada entri saya yang terakhir ialah berkenaan penggunaan kata nama yang salah. Situasi ini saya dilihat semasa berada di Fakulti bahasa sendiri yang melekatkan poster berkenaan undangan perbentangan viva individu tertentu. Apa yang menjadi persoalannya di sini, terdapat kesalahan pada kata nama yang digunakan oleh mereka, iaitu:

****
Cuba anda lihat pada anak panah pada gambar tersebut. Kesalahan ini mungkin nampak remeh bagi sesetengah pihak, namun saya melihatnya sebagai satu budaya kita yang kurang mengambil berat akan kesalahan ejaan ini sekaligus boleh mencacatkan penggunaan kata nama tersebut. Sepatutnya poster ini perlu disemak dengan teliti sebelum dicetak kerana ia menggambarkan peribadi kita. Tambahan pula perkara ini terjadi fakulti bahasa sendiri. Jadi, poster ini harus ditanggalkan dengan segera dan digantikan dengan segera oleh individu yang terlibat. Kata nama yang sebetulnya ialah Hamzah Fansuri bukannya Famzah Fansuri, kerana ia merujuk kepada sasterawan, budayawan, ilmuan terulung dalam meperkembang bahasa dan sastera itu di sendiri lewat masa dahulu. Jadi, peliharalah bahasa kita, kesilapan ini terjadi mungkin kerana terburu-buru untuk menyiapkannya sehingga tidak sempat menyemak. Walau apapun alasannya, kita sendiri perlu mengelakkan hal ini berlaku siapa lagi yang mahu diharapkan untuk memartabatkan bahasa kita, kalau bukan kita sendiri. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan sejenak agar bahasa kita sentiasa dijaga daripada dicemarkan.

No comments:

Post a Comment