Wednesday, March 16, 2011

Kosa Kata dalam Dialek Kedah

BIL
KOSA KATA
MAKNA
CONTOH AYAT

1
Acad
Acar, Sejenis Masakan.
Acad yang dibuat oleh nenek mengandungi nanas, timun, dan banyak bahan lagi.
2
Awat
Kenapa
Awat hang sedih sangat ni? Tanya Badrol kepada adiknya.
3
Ayaq
Air
Ayaq Kelapa boleh menghilangkan dahaga
4
Baguih
Bagus
Keputusan UPSR Ramlah sangat baguih. Ujar ibu kepada ayah.
5
Bakaq
Bakar
Sampah itu dibakaq oleh ibu

6
Bakoy
Bakul
Bakoy sampah itu berselarak di tengah laman rumah Ah Chong.
7
Baloq Liat
Malas
Shahmi begitu balaoq liat untuk bangun pagi.
8
Bantai
Bantal
Bantai itu diperbuat daripada bulu kambing biri-biri.
9
Bẽda?
Bahagi
Kuih raya itu dibedak kepada dua dan dimasukkan ke dalam balang kaca.
10
B∂lha?
Sendawa
Che Sian belhak kekenyangan selepas menikmati makan tengahari.
11
B∂retuh
Berlaga
Hassan sengaja beretuh dengan Sazali semasa latihan bola sepak, kerana mahu mencari gaduh.
12
Berlemuih
Comot
Wajah Hadif sangat berlemuih terkena tepung semasa acara sukaneka itu.
13
Berluting
Kotor
Seluar Ahmad sangat berluting selepas bergelumang di dalam selut sawah itu.
14
B∂saq
Besar
Rumah besaq di hujung kampung itu, milik Tuan Haji Idris.
15
B∂toi
Betul
Betoi hang nak datang? Tanya Kamaliah yang inginkan kepastian daripada Junaidah.
16
Bubuh
Letak
Jangan bubuh gula banyak sangat dalam air tu. Pesan nenek kepadaku.
17
C∂muih
Jemu
Saya sudah cemuih dengan perangai cemburu awak! Kata Tina pada suaminya, Johnsten
18
Cabai
Cili
Harga cabai akan meningkat apabila tiba musim perayaan.
19
Campuq
Campur
Tomyam campuq itu mampu membuka selera Hakimi pada waktu sahur.
20
Cek
Saya
Mak, cek pi dulu..sahut Aiman kepada emaknya yang berada di dapur.
21
Celuih
Muat
Baju yang dibelikan untuk anak saudaranya itu tidak celuih apabila dipakai.
22
Celupaq
Celupar
Mulut celupaq Kusma itu akhirnya membawa padah.
23
Cucuq
Cucur
Cucuq pisang yang dijual di gerai itu amat sedap.
24
Dan
Sempat
Saya tak dan naik bas ke Proton City itu sebab bangun lewat. Ujar Aizah kepada pensyarahnya.
25
Dengaq
Dengar
Dengaq kata anak hang dapat belajaq di UPSI? Tanya Mak Long kepada jirannya.
26
Depa
Mereka
Depa akan sampai tengahari nanti, kata Azila kepada tunangnya, Azril.
27
Gẽghẽk
Basikal
Geghek tua itu milik datuk.
28
G∂rmit
Pengasah Pensil
Pinjam germit boleh? Tanya Farhana kepada Mazni.
29
Habaq
Bagi tahu
Tolong habaq dekat Andy yang saya nak berjumpa dengannya segera! Kata Mrs Wong kepada Azlan.
30
Hang
Kamu
Hang nak pi mana? Tanya Dila kepada teman serumahnya.
31
Hangpa
Kamu Senua
Hangpa dah semak penyata KWSP? Tanya En.Ahmad kepada rakan-rakannya.
32
Hẽran
Hairan
Emak naik heran melihat perubahan kakak yang sudah bertudung litup itu.
33
Hingaq
Bising
Pelajar-prlajar 6 baiduri amat hingaq ketika itu
34
Huluq
Hulur
Tolong huluq sat topi keledar tu. Arah bapa kepada ibu.
35
Ikan Bil∂h
Ikan Bilis
Ikan bileh sedap apabila dimasak serunding.
36
Jamu
Hidang
Mai sini, nak jamu nasi. Ujar Mak senah memanggil cucu-cucunya.
37
Jerluih
Jerlus/Terbenam
Pasir di sungai itu jerluih apabila dipijak oleh ayah.
38
Kahaq
Lasak/Ganas
Kahaq sungguh anak lelaki Wan Meriam itu.
39
Kain Sẽbai
Kain Tudung
Kain sebai yang baru dibeli di Masjid India itu terlalu lembut.
40
Katok
Pukul
Ular tedung itu dikatok sehingga mati oleh penduduk Kampung Ranggut.
41
Kawat
Dawai
Kawat itu diikat kemas pada reban ayam.
42
Kẽcẽk
Bodek
Nanti kakak cuba kecek dekat mak, mana tahu kalau-kalau dapat duit tu.kata kakak kepadaku
43
Kẽtaq
Gementar
Tangannya menjadi ketaq apabila berada di hadapan penonton.
44
Kẽtẽgaq
Degil
Budak-budak di sekolah sekarang semakin ketegaq walaupun telah dinasihati oleh guru.
45
Kẽtoi
Ketul
Ketoi ais itu sangat sejuk
46
Kẽtot
Pendek
Shahanim kelihatan agak ketot berbanding kakaknya yang sulung.
47
Kot-Kot
Kalau-Kalau
Hang cuba pi tengok kot-kot abang long dah datang.. Suruh Ain kepada adiknya.
48
Langgah
Minum
Adam melanggah air gamat tanpa sebarang kerutan diwajahnya, meskipun air itu sedikit hanyir dan meloyakan.
49
Langgaq
Langgar
Kereta itu dilanggaq oleh lori semalam.
50
Lapaq
Lapar
Tolong.. saya lapaq! Rintih peminta sedekah itu menyebabkan kami berasa kasihan.
51
Lau Ayam
Reban Ayam
Lau ayam yang baru dibina oleh datuk musnah dijilat api semalam.
52
Lẽmpaq
Baling/Buang
Bola raqbi itu dilempaq dengan sekuat hatinya ke tengah padang.
53
Liaq
Liar
Anjing liaq itu amat menakutkan kanak-kanak yang baru pulang dari tadika itu
54
Ligai
Cepat
Mata dan tangannya sangat ligai apabila melihat wang berjuta-juta ringgit itu.
55
Ligan
Kejar
Ligan kerbau itu! Jangan biarkan terlepas.Jerit datuk pada Pak Lang.
56
Loglaq
Tak Senonoh
Perangai loglaq Mustakim semasa remaja masih terbawa-bawa walaupun sudah berkahwin.
57
Mai
Mari
Mai sini saya nak perkenalkan awak dengan Ayu. Panggil Adira.
58
Marka
Awek
Marka hang orang mana? Seloroh Suid kepada Seman.
59
Mau
Mahu
Tak mau la aku dengan si duda miang tu. Kata Shamsiah kepada Zanariah.
60
M∂ghẽben
Merapu
Jangan dok mengeben sangat! Tumpu pada pelajaran. Nasihat Pak Lang kepada anaknya yang nakal itu.
61
Meluat
Benci
Saya dah meluat sangat dengan perangai pemalas awak! tengking Daud kepada keraninya, Siti.
62
M∂lugai
Meloya
Tekak Sarah begitu melugai setelah mencuba asam pedas tempoyak ikan patin itu.
63
M∂nakan
Saudara
Bapa menakan Azmir sangat kacak dan bergaya.

64
Mengembah
Bau tersangat wangi atau harum
Bau minyak wangi yang disembur oleh Nida begitu mengembah.
65
Mengkala
Bila
Mengkala sampai? Soal Nana pada ayah mertuanya.
66
Mengk∂lan
Tersedak
Haziq mengkelan semasa menjamu selera apabila namanya disebut sebagai pekerja terbaik Syarikat AA itu.
67
M∂r∂geluh
Tidur
Bangun! Meregeluh sampai petang! Nanti gila baru tahu..bebel ibu Yanti
68
M∂rla
Gedik/Galak
Sikap merla pelacur itu amat menyakitkan mata pegawai polis perempuan itu.
69
M∂ronyeh
Mengunyah
Mulut Nisa sentiasa meronyeh makanan tanpa mengira masa.
70
M∂runyau
Membebel
Emak selalu merunyau dengan sikap abang yang masih tidak mahu beristeri itu meskipun usianya sudah lanjut.
71
Muhong
Bohong
Jangan cuba muhong saya! Tengking pengetua kepada guru baru itu.
72
P∂rak
Ketinggalan/Tidak pernah mendengar atau berjumpa dengan sesuatu yang sudah diketahui orang lain.
Ishh hang ni perak betul la. Benda tu oun tak pernah tengok..rungut Salmah kepada Hajar
73
Pasaipa
Kenapa
Pasaipa sikapnya berubah tiba-tiba? Soal Fitri kepada temannya.
74
P∂dal Ayam
Kunci Mangga
Pedal ayam itu dibeli di pasar raya berdekatan.
75
P∂kin
Jimat
Duit tu pekin la sikit sementara nak tunggu duit PTPTN masuk.. nasihat kakak kepada Nazran.
76
P∂rẽngoih
Panas Baran
Sikap perengoih Fadzlee menyebabkan isteri dan anak-anaknya lari meninggalkan rumah mereka.
77
Pi
Pergi
Jom pi tengok wayang nak? Ajak Zahuri kepada Fairus
78
Pikiaq
Fikir
Kami pikiaq kami mahu ke sana berdua. Ujar Salina pada ibunya.
79
Puẽh
Puas
Pueh hati hang sekarang? Soal Karim kepada anaknya yang ditahan kerana menghisap dadah.
80
Pulun
Usaha gigih
Pulun Kedah Pulun” merupakan motto atau kata-kaat semangat bagi pasukan bola sepak Kedah.
81
Rabung
Ramah/Mesra
Amboi rabung borak..celah ayah yang dari tadi melihat gelagat emak dan Kak Siti yang sedang bersembang.
82
Ralit
Leka
Leya begitu ralit bermain congkak sehingga lupa menyiapkan kerja rumah.
83
R∂ngkuh
Melakukan sesuatu dengan menggunakan tenaga yang kuat
Rengkuh kuat sikit! Arah ayah kepada abang semasa mereka sedang memasang paip air yang baru.
84
R∂yau
Menangis
Ishh budak ni, asyik reyau saja.. rungut ayah kepada ibu.
85
S∂gan
Malu
Rozita sangat segan dengan bakal ibu mertuanya.
86
Sabaq
Sabar
Sabaqlah wahai hati. Kata Fadzlee dalam hatinya.
87
Sakan
Hebat
Raya sakan la kita tahun ini memandangkan awak dah naik pangkat. Ucap ibu kepada ayah.
88
S∂ryau
Takut
Perasaan seryau muncul apabila melihat mata pisau yang tajam itu.
89
Soq
Sahur
Saya bangun soq pada pukul 5.00 pagi setiap hari.
90
Tabuh
Pukul
Hang bangun lewat lagi sekali, aku tabuh hang. Ugut majikan Cina itu kepada pembantu rumahnya tanpa belas kasihan.
91
Tang
Dekat
Beli kuih tu tang mana? Soal Alyaa kepada Umairah.
92
Tang Mana
Dekat Mana
Tang mana hang jumpa dengan Mamat? Soal Kiah
93
Tawaq
Tawar
Isi ikan bakar itu begitu tawaq tanpa garam.
94
T∂riak
Menangis
Jangan teriak dah.. nanti ibu beli yang baru..pujuk Razimah bagi menenangkan anaknya.
95
Terk∂dang
Terdampar
Ayah terkedang di atas sofa selepas menikmati makan malam.
96
Tibai
Pukul
Saad tibai kambingnya yang malas itu dengan daun nangka.
97
Toksah
Jangan
Toksah dok tipu aku la. semua rahsia hang ada dalam kocek seluar aku. Kata Ram kepada Amir.
98
Tokua
Tauhu
Tokua sumbat itu sangat enak dimakan pada bulan Ramadhan.
99
Tos∂lẽt
Lampu Suluh
Toselet yang malap itu sukar menyuluh kawasan semak samun itu.
100
Toyu
Kicap
Toyu cap Jalin amat terkenal pada masa ini.



2 comments:

  1. 100 dialek ini dikaji semasa saya mengambil kertas Keterampilan penulis di bawah pensyarah Prof. Madya Dr. Siti Khariah Mohd Zubir

    ReplyDelete
  2. Terima kasih untuk informasi ini. Minta izin kongsi ya untuk assigment saya..

    ReplyDelete