Salam pembuka bicara, selamat “bersot-set” bahasa kita..
Dua minggu yang lepas, saya telah pulang ke kampung (Langkawi) untuk membuat pengajaran makro. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Semasa hendak pulang ke TM, saya sempat singgah ke sebuah restoran di Jeti Kuala Perlis. Apa yang menarik perhatian saya ialah penggunaan papan tanda yang digunakan di dalam restoran tersebut. Persoalannya sekarang, papan tanda tersebut bukan mempunyai kesalahan dari aspek tatabahasa, ejaan, nahu atau yang lain, tetapi dari segi nilai menghargai bahasa Melayu itu sendiri berbanding bahasa lain.
Anda boleh meilhat sendiri perbezaan kedua-dua gambar di bawah:
Di manakah nilai bahasa melayu pada gambar kedua? Walhal pemilik restoran ini berbangsa Melayu. Mungkin dia beranggapan semua orang Melayu itu sudah tahu berbahasa Melayu, jadi tidak mengapa seandainya dia hanya meletakkan perkataan “kaunter” itu dengan bahasa Inggeris dan Mandarin sahaja. Namun yang menjadi persoalan kenapa pula dia boleh meletakkan papan tanda yang mempunyai bahasa Melayu seiring dengan bahasa-bahasa yang lain pada perkataan “tunai” itu pada gambar pertama ,walhal dalam restoran yang sama. Pelik bukan?
****
Daripada soal jawab yang dilakukan bersama Sasterawan tersohor, Haji Suratman Markasan, 80 tahun, baru-baru ini diberi penghormatan negara sebagai penerima Pingat Budaya tahun ini. Penggunaan bahasa Melayu kini sangat mendukacitakan. Hal ini berlaku disebabkan persaingan dengan bahasa Inggeris misalnya. Lihat sekarang dalam keluarga Melayu sendiri bahasa yang digunakan ibu bapa dan juga datuk nenek ialah bahasa Inggeris. Para pemimpin Melayu dalam mesyuarat menggunakan bahasa Inggeris sedangkan semua yang hadir adalah orang Melayu. Mengapa tidak digunakan bahasa Melayu? Kepimpinan menerusi teladan sedang giat dicontohi terutama dalam penggunaan bahasa ini. Apabila pemimpin sendiri Melayu sendiri menggunakan bahasa Inggeris sedangkan khalayaknya memahami bahasa Melayu, maka tidak hairanlah jika masyarakat tersebut mengikutinya. Maka pemilik restoran di atas juga merupakan masyarakat yang mengikuti kepimpinan menerusi teladan ini. Setujukah anda?
Dalam tahap ketiga - 2007 hingga 2017 - saya punya pandangan bahawa orang Melayu tiada lagi bahasanya. Apabila mereka tiada lagi bahasa, sedangkan bahasa itu satu pengangkutan, bagaimana hendak kita tuju ke satu tempat? Jika tiada kenderaan, bagaimana sastera akan berkembang? Bahasa hilang, sastera akan hilang. Dan ini mungkin boleh berlaku dalam tahap ketiga ini. Apakah kita akan mengalami nasib seperti orang Afrika yang dulu dibawa ke Amerika sebagai hamba lalu hilang identiti mereka termasuk bahasa dan budaya dan mereka menjadi warga kelas kedua? Cuma orang Afrika ini hilang jati diri di negara asing, namun apakah kita akan kehilangan jati diri di negara kita sendiri? Saya selalu fikirkan keadaan ini.
(Begitulah yang diujarkan oleh Sasterawan tersohor, Haji Suratman Markasan apabila berbicara tentang rasa sayangnya pada bahasa Melayu itu sendiri).
kredit daripada: http://readbaca.blogspot.com/2010/10/orang-melayu-perlu-sayangi-bahasa.html
kredit daripada: http://readbaca.blogspot.com/2010/10/orang-melayu-perlu-sayangi-bahasa.html
No comments:
Post a Comment