Wednesday, March 16, 2011

Persoalan Hari-Hari


Hari-hari tolak bertimba,
      Jaraknya batang jambu;
Hari-hari tolak bercinta,
     Hajat hati guring sekelambu.

Sedang melayari laman sosial facebook, saya ada terbaca satu komen tentang ‘hari-hari’. “Hari-hari saya akan melayari facebook.Terus terlintas idea untuk menulis tentang ‘hari-hari’. Perkataan ini seringkali digunakan dalam kehidupan seharian dan menerusi kata ‘hari-hari’ dan ia dapat diterbitkan kepada beberapa perkataan lain menerusi proses penerbitan ayat seperti pengimbuhan dan lain-lain. Berikut merupakan persoalan-persoalan yang sering kita keliru baik dari segi tatabahasa, istilah, ejaan dan makna, antaranya:
·         mana satu yang betul?
·         1. menunggu kepulangan suaminya dari hari ke sehari
·         2. menunggu kepulangan suaminya dari hari ke hari.
Penggunaan yang betul ialah dari sehari ke sehari ataupun dari hari ke hari.  Jika kita hendak menggunakan perkataan ‘hari’, frasa yang betul ialah dari hari ke hari. Jika menggunakan ‘sehari', frasa yang betul ialah dari sehari ke sehari. Frasa dari hari ke sehari tidak betul kerana tidak ada perimbangan kata.
·         Antara pada suatu hari dan pada satu hari, boleh kita menggantikan pada satu hari untuk pada suatu hari?
Satu hari lebih kepada bilangan hari yg terdapat dalam satu minggu. Misalnya hari Ahad hingga hari Sabtu. Contoh ayat sebagai perbandingan:  Hari Ahad merupakan satu hari yg membosankan kepada saya. Manakala suatu hari merujuk kepada hari yang belum pasti atau abstrak. Misalnya, suatu hari nanti akan terbukti juga kesalahan yg telah dilakukannya itu.
·         Apakah perbezaan dari sudut penggolongan kata 'masakan' dengan 'masakkan'
Makna masakan ialah 1. sesuatu yg dimasak (kuih-kuih, lauk-pauk, dll): kalau hari-hari dapat memakan ~ yg lazat-lazat spt ini, tentulah gemuk aku nanti; 2. cara memasak: ~ daging; ~ lemak; 3. Id bukan yg sebenarnya, buatan, olahan. Masakan yang kedua pula ialah mana boleh.
·         Bolehkah istilah "hari minggu' menggantikan 'hari Ahad'?
Bagi negeri yang cuti mingguannya ialah hari Ahad, maka istilah hari minggu bagi menggantikan hari Ahad boleh digunakan, tetapi bagi negeri yang cuti mingguannya adalah pada hari Jumaat seperti negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu, maka hari minggunya ialah hari Jumaat. 

No comments:

Post a Comment