Tuesday, March 15, 2011

KUCA & SERO


Malam ini kami mengadakan aktiviti masak-memasak di rumah 3-1-13, yang diketuai oleh rakan serumah, adins (bukan nama sebenar). Menu utama kami malam ini ialah gulai lemak timun ikan bilis, telur goreng dan sardin. Ringkas saja menu malam ni (biasalah orang bujang katakan, hehehehhe), tengah kami sedang sibuk dengan tugas masing-masing, Anah (Mek Kelate) menegur seorang lagi rakan serumahku, iaitu Leya (Mek Kedah) yang sedang mangacau gulai lemak tersebut supaya tidak pecah minyak.
“Kak Leya, kuca molek gula tu” tutur Anah sopan menegur.
“Ha? Kuca? Kuca gula apa?” balas Leya ragu-ragu.
Lagi satu yang menarik perhatian saya, semasa sedang merasa sardin, sekali lagi Anah menggunakan perkataan yang pelik, iaitu “sero” . “Sero masin la sadin ni” ujarnya.
Setelah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu standard:
“Kak Leya, kacau baik-baik gulai tu” tutur Anah Sopan menegur
“Ha? Kacau? Kacau gulai apa? Balas Leya ragu-ragu.
Rasa masin la sardin ni” ujarnya.
****
Berdasarkan dialog di atas, kuca dan sero merupakan dialek Kelantan yang membawa maksud kacau dan rasa. Kedua-dua dialek tersebut ternyata mempunyai perbezaan dari segi fonologi, morfologi dan semantiknya. Ia menunjukkan adanya variasi daripada sesuatu bahasa tertentu dan dituturkan oleh sekumpulan masyarakat bahasa tersebut. Dialek ini ditentukan oleh faktor geografi dan sosial. Faktor geografi timbul kerana tiada perhubungan yang baik untuk menghubungkan masyarakat yang sebelum ini menuturkan bahasa yang sama. Faktor sosial boleh dilihat dari segi pergaulan dengan masyarakat lain, pekerjaan, pendidikan, pendapatan, dan sebagainya.
·         Dialek berbeza dari segi
·         Sebutan – air, ayo, ayaq
·         Gaya lagu bahasa-orang Kedah bertutur lebih cepat daripada orang Negeri Sembilan
·         Tatabahasa- perbesar (kedah), besarkan (Johor)
·         Kosa kata- bekwoh (kenduri)
·         Kata ganti nama- ambo, hang, eden

No comments:

Post a Comment