Thursday, March 17, 2011

Bahasa Pasar dalam Filem "Di Sini Ada Hantu"


Assalamualaikum dan selamat “bersot-set” tentang bahasa kita. Entri ini dimuatkan bagi menggantikan “variasi bahasa” yang hanya dipaparkan bagi maklumat pembaca semua. Jadi bagi melengkapkan blog saya ini, saya telah melihat tentang filem yang bertajuk “Di Sini Ada Hantu”. Ketika sedang menonton filem ini, saya begitu tertarik dengan penggunaan bahasa yang digunakan oleh watak-wataknya seperti Meng, Bakri dan Rama yang menggambarkan wujudnya komunikasi campur antara mereka bertiga yang berlainan bangsa. Yang menariknya kita boleh melihat bagaimana penggunaan bahasa Melayu mereka dalam filem ini. Mereka banyak menggunakan banyak bahasa pasar, selanga, dan percampuran kod. Bahasa Melayu standard langsung tidak digunakan dalam filem ini bagi bahagian di bawah:

****
Antara perkataan yang boleh dikongsi ialah:
·         Bodoh punya ringtone! (1:02)
·         Ada accident dekat highway. (1:12)
·         Ah Meng lu sudah mati. (2:05)
·         Saya bling sudah masuk dalam wo. (3:00)
·         You try pegang saya, try la, testing.(3:29)
Setelah diterjemahkan dalam bahasa Melayu standard:
·         Bodoh punya nada dering! (1:02)
·         Ada kemalangan dekat lebuh raya. (1:12)
·         Ah Meng kau sudah mati. (2:05)
·         Saya boleh sudah masuk dalam tau. (3:00)
·         You cuba pegang saya, cuba la, cuba.(3:29)
Penggunaan bahasa ini dilihat merupakan fenomena sebenar yang berlaku dalam masyarakat kita apabila bercakap dengan bangsa lain. Penggunaan bahasa pasar sudah menjadi perkara wajib dalam proses komunikasi ini. Hal ini disebabkan pelbagai faktor, dan salah satu daripadanya adalah disebabkan pengaruh media dan komunikasi. Misalnya filem ini sendiri mendedahkan masyarakat untuk menggunakan bahasa pasar kerana kita mudah terpengaruhi dengan media dan teknologi ini. Hal ini juga memberi kesan kepada penonton yang masih di bawah umur, kerana mereka terdedah dengan budaya bahasa pasar ini sejak kecil lagi dan potensi untuk mereka untuk menggunakannya amat besar dan luas. Namun saya memuji tindakan penerbit filem ini menggunakan sari kata yang standard dalam bahasa Melayu sendiri bagi memahamkan penonton. 
Namun dalam filem ini, bahasa Melayu tidak lagi menjadi perantaraan yang utama dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, kecuali sebagai bahasa pasar apabila masyarakat Melayu, Cina dan India yang berkedudukan rendah berhubungan sesama mereka. Jadi, sesuatu tindakan yang drastik harus dilaksanakan bagi membendung gejala ini menular dalam filem Malaysia. Penerbit dan pengarah boleh menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan meskipun ia melibatkan kaum-kaum tertentu. Penggunaan bahasa pasar ini bukanlah suatu yang baru kerana pada zaman penjajah lagi bahasa ini digunakan dengan meluas, cuma pada era teknologi dan globalisasi ini pengaruh medialah yang dapat membantu meningkatkan semula martabat bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan bagi semua masyarakat tanpa mengira kaum dan status.

3 comments: