Thursday, March 17, 2011

Bahasa Pasar dalam Filem "Di Sini Ada Hantu"


Assalamualaikum dan selamat “bersot-set” tentang bahasa kita. Entri ini dimuatkan bagi menggantikan “variasi bahasa” yang hanya dipaparkan bagi maklumat pembaca semua. Jadi bagi melengkapkan blog saya ini, saya telah melihat tentang filem yang bertajuk “Di Sini Ada Hantu”. Ketika sedang menonton filem ini, saya begitu tertarik dengan penggunaan bahasa yang digunakan oleh watak-wataknya seperti Meng, Bakri dan Rama yang menggambarkan wujudnya komunikasi campur antara mereka bertiga yang berlainan bangsa. Yang menariknya kita boleh melihat bagaimana penggunaan bahasa Melayu mereka dalam filem ini. Mereka banyak menggunakan banyak bahasa pasar, selanga, dan percampuran kod. Bahasa Melayu standard langsung tidak digunakan dalam filem ini bagi bahagian di bawah:

****
Antara perkataan yang boleh dikongsi ialah:
·         Bodoh punya ringtone! (1:02)
·         Ada accident dekat highway. (1:12)
·         Ah Meng lu sudah mati. (2:05)
·         Saya bling sudah masuk dalam wo. (3:00)
·         You try pegang saya, try la, testing.(3:29)
Setelah diterjemahkan dalam bahasa Melayu standard:
·         Bodoh punya nada dering! (1:02)
·         Ada kemalangan dekat lebuh raya. (1:12)
·         Ah Meng kau sudah mati. (2:05)
·         Saya boleh sudah masuk dalam tau. (3:00)
·         You cuba pegang saya, cuba la, cuba.(3:29)
Penggunaan bahasa ini dilihat merupakan fenomena sebenar yang berlaku dalam masyarakat kita apabila bercakap dengan bangsa lain. Penggunaan bahasa pasar sudah menjadi perkara wajib dalam proses komunikasi ini. Hal ini disebabkan pelbagai faktor, dan salah satu daripadanya adalah disebabkan pengaruh media dan komunikasi. Misalnya filem ini sendiri mendedahkan masyarakat untuk menggunakan bahasa pasar kerana kita mudah terpengaruhi dengan media dan teknologi ini. Hal ini juga memberi kesan kepada penonton yang masih di bawah umur, kerana mereka terdedah dengan budaya bahasa pasar ini sejak kecil lagi dan potensi untuk mereka untuk menggunakannya amat besar dan luas. Namun saya memuji tindakan penerbit filem ini menggunakan sari kata yang standard dalam bahasa Melayu sendiri bagi memahamkan penonton. 
Namun dalam filem ini, bahasa Melayu tidak lagi menjadi perantaraan yang utama dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, kecuali sebagai bahasa pasar apabila masyarakat Melayu, Cina dan India yang berkedudukan rendah berhubungan sesama mereka. Jadi, sesuatu tindakan yang drastik harus dilaksanakan bagi membendung gejala ini menular dalam filem Malaysia. Penerbit dan pengarah boleh menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan meskipun ia melibatkan kaum-kaum tertentu. Penggunaan bahasa pasar ini bukanlah suatu yang baru kerana pada zaman penjajah lagi bahasa ini digunakan dengan meluas, cuma pada era teknologi dan globalisasi ini pengaruh medialah yang dapat membantu meningkatkan semula martabat bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan bagi semua masyarakat tanpa mengira kaum dan status.

Hamzah Fansuri


Assalamualaikum dan salam ceria semua.
Ini ialah entri saya yang ke-40. Akhirnya perjalanan untuk menuju ke garisan penamat akhirnya tiba jua . Namun entri ini bukanlah yang terakhir untuk saya terus menulis untuk mengankat bahasa kita menjadi bahasa bermutu. Sekalung penghargaan diucapkan kepada pensyarah kursus Sosiolinguistik Bahasa Melayu, Dr. Siti Saniah Abu Bakar yang telah memberi peluang kepada saya untuk menjelajah dan terus menjelajah untuk mencari pengertian bahasa yang sebanar-benarnya menerusi laman blog ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi idea dan sumbangan dengan meninggalkan komen dan pendapat masing-masing.
Baiklah, menjurus kepada entri saya yang terakhir ialah berkenaan penggunaan kata nama yang salah. Situasi ini saya dilihat semasa berada di Fakulti bahasa sendiri yang melekatkan poster berkenaan undangan perbentangan viva individu tertentu. Apa yang menjadi persoalannya di sini, terdapat kesalahan pada kata nama yang digunakan oleh mereka, iaitu:

****
Cuba anda lihat pada anak panah pada gambar tersebut. Kesalahan ini mungkin nampak remeh bagi sesetengah pihak, namun saya melihatnya sebagai satu budaya kita yang kurang mengambil berat akan kesalahan ejaan ini sekaligus boleh mencacatkan penggunaan kata nama tersebut. Sepatutnya poster ini perlu disemak dengan teliti sebelum dicetak kerana ia menggambarkan peribadi kita. Tambahan pula perkara ini terjadi fakulti bahasa sendiri. Jadi, poster ini harus ditanggalkan dengan segera dan digantikan dengan segera oleh individu yang terlibat. Kata nama yang sebetulnya ialah Hamzah Fansuri bukannya Famzah Fansuri, kerana ia merujuk kepada sasterawan, budayawan, ilmuan terulung dalam meperkembang bahasa dan sastera itu di sendiri lewat masa dahulu. Jadi, peliharalah bahasa kita, kesilapan ini terjadi mungkin kerana terburu-buru untuk menyiapkannya sehingga tidak sempat menyemak. Walau apapun alasannya, kita sendiri perlu mengelakkan hal ini berlaku siapa lagi yang mahu diharapkan untuk memartabatkan bahasa kita, kalau bukan kita sendiri. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan sejenak agar bahasa kita sentiasa dijaga daripada dicemarkan.

Sengau


Bila teringatkan kisah pengajaran makro, saya pasti teringat tentang seorang pemandu bas yang basnya saya naiki dari Ipoh ke Alor Star. Kisah ini berlaku semasa saya, Mahsuri dan Siti Hajar ingin pulang ke kampung untuk menjalani pengajaran makro pada 25 Februari yang lalu. Bayangkan kami terpaksa menempuh perjalanan selama lima jam, walhal sebelum ini perjalanan hanya memakan masa selama tiga jam setengah atau empat jam sahaja. Hal ini disebabkan oleh pemandu bas K#@##@an yang kami naiki tersebut begitu perlahan dan berhenti banyak destinasi. Disebabkan kelewatan ini, kami tertinggal feri untuk pulang ke Langkawi. Semasa di Tol Juru, Pulau Pinang saya sempat pergi memberitahu dia supaya melajukan sedikit bas tersebut:
“Pak cik boleh laju sikit tak? Kami kejar feri ni”. Ujarku.
“!@$E&%*^&(&*(^$##$%@#$^%#$%&^$^&*77” jawabnya.
“Apa?” ujarku balas tidak memahami. Sengau rupanya. Nak ketawa pun ada. Hanya tersenyum walhal dalam hati panas membara. Saya memahami sedikit-sedikit sahaja ujarannya, katanya “kenapa tak bagitahu awal-awal”. Pada masa itu, dia berhenti sekejap kerana terdapat seorang penumpang wanita turun membawa anak-anaknya yang hendak membuang air. Akhirnya kami pulang ke tempat duduk semula, kerana buang masa sahaja bercakap dengan orang sepertinya. Sudah salah sendiri masih tidak mahu mengaku.Sudahlah bergerak lambat dari jadual perjalanan, dalam jadual tersebut pukul 2.30 sepatutnya kami bergerak dari Ipoh, tetapi bas tersebut lewat hampir sejam. Panas dalam hati hanya tuhan yang tahu.
Sekali terkeluar perkataan “Tak padan dengan sengau, cakap sombong pula tu”. Tutur salah seorang dari kami. Memang tidak tahan lagi dengan kelambatan yang sepatutnya dapat dielakkan. Hal ini menyebabkan kami terlepas feri dan terpaksa menginap di sebuah motel di Kuala Kedah.
****
Saya kira anda juga pernah mengalami keadaan yang sama bukan? Dalam keadaan sebegini kata-kata seperti di atas dikira normal bagi insan biasa seperti kita. Persoalannya di sini, masalah sengau seseorang kadang-kadang mendatangkan masalah dalam komunikasi. Saya tahu, sesiapa saja tidak mahu dilahirkan dengan kecacatan sebegini, dan semua telah ditetapkan oleh Ilahi sejak azali lagi, tetapi bukankah lebih elok sekiranya kecacatan tersebut ditampung dengan budi bahasa yang sopan dan santun. Orang tidak akan melihat rupa paras dan harta benda yang kita miliki tetapi menilai peribadi kita menerusi tutur kata dan sopan santun kita. Nasihat ini juga saya tujukan kepada diri kami bertiga yang gagal mengawal emosi buat kesekian kalinya. Namun semasa sampai di Alor Star, saya kira pak cik ini agak baik jugalah kerana dia ada bertanya kepada Mahsuri di mana kami akan tidur malam ini? Ada rumah saudara-marakah di sini? Kami hanya mengangguk sahaja kerana jika menjawabnya tiada apa yang berubah. Kami tetap terlepas feri dan hanya akan pulang keesokannya.
“Sot-set”: Dalam marah-marah pun sempat lagi tersenyum mendengar pak cik itu bercakap. Maafkan kami ya pak cik.=)


Dilarang makan dan minum dalam kenderaan ini!


 Semasa dalam perjalanan hendak ke kelas Sosiolinguistik di Proton City tadi, saya dan Siti Hajar menaiki bas pak cik yang sangat garang (Pak cik yang tidak benarkan kita bawa air naik bas dia tu). Sedang kami rancak berbual, saya terkejut apabila pak cik tersebut dengan lantangnya melontarkan suaranya sebegini:
“Siapa yang makan ni!? Ada bau makanan.”
Kami begitu terkejut kerana tona suaranya begitu kuat, lalu kami menoleh di belakang kerusi kami, terdapat seorang pelajar yang sedang makan “nugget”. Dia pun terkejut dan terus memasukkan plastik “nugget” ke dalam begnya. Mungkin kerana malu melihat mata-mata menoleh ke arahnya. Kemudian kedengaran suaranya membalas:
“Skema baik pak cik ni! Bukannya aku makan buang plastik merata-rata.”
Aku dan Hajar hanya tersenyum sahaja, mujurlah pak cik tersebut tidak menggunakan pembesar suara yang terdapat dalam basnya itu.
****
Apakah perasaan anda jika anda menjadi pelajar perempuan tersebut? Mesti malu dan marah bukan. Namun pak cik tersebut memang menitikberatkan kebersihan dalam basnya sehingga meletakkan tanda dilarang makan atau minum dalam kenderaannya. Aku begitu memuji sikap pak cik tersebut kerana ia seorang yang tegas dan tetap pendirian dan berani menegur secara terus begitu. Namun, tindakannya itu juga telah menyentap sekeping hati hingga menjatuhkan air muka pelajar perempuan. Sepatutnya pak cik tersebut boleh menggunakan bahasa yang labih halus seperti:
“Amboi sedapnya bau makanan. Boleh bagi pak cik sikit?” atau “Pak Cik dah letak tanda di larang makan dan minum dalam bas ini, nak pak cik tolong bacakan ka?
“Sot-set”: Bertindak dan bergerak mengikut arahan, hidup kita akan lebih sistematik.

Harem Jayyy laa!!


Semasa menyiapkan entri dalam blog ini, saya membuka laman sosial facebook kerana terlalu penat untuk memerah idea untuk menulis. Tiba-tiba saya terpandangkan satu entri yang dipaparkan pada “dinding” laman utama saya. Ayat yang dipaparkan ialah “harem jayyy”, wah, bahasa baru ni dan boleh dijadikan sumber untuk menulis. Maafkan saya ya kawan, tujuan saya bukanlah hendak memburukkan awak, tetapi saya hanya ingin berkongsi bahasa ini dari sudut ilmiah. Nama dan status awak saya akan rahsiakan. Huhuhuhu. Jangan marah ya.
****
Mungkinkah ini gelombang baru dalam proses komunikasi ke arah yang lebih bersopan? Saya melihat fenomena ini sering digunakan oleh remaja di luar sana untuk memperlihatkan kemarahan atau ketidakpuasan hati kepada seseorang. Namun bahasa ini lebih halus jika dibandingkan sekiranya dia menggunakan ayat yang sebenar. Walaubagaimanapun bahasa ini tetap tidak bersopan kerana mengandungi unsur cacian di situ, namun dari konteks lain, ia memperlihatkan satu gaya terbaru dalam proses komunikasi dalam kalangan belia agar tidak terlalu berterus terang.

Tok laki, Tok tua, Tok bese



Dalam kelas EDU petang tadi, kami ada bercerita tantang pakej perkahwinan apabila terpandang album gambar yang diambil oleh rakan sekelas. Dalam “sot-set” tersebut, kami ada bercerita tentang pakej jurugambar kini. Sedang rancak berbual, ada seorang rakan saya ini menyebut:
 “Ikut tok laki la, kalau mampu tak de masalah”  
Kami yang mendengar ini hanya tercengang dan ketawa serentak. Kami pun bertanya “tok laki” itu apa? Rupa-rupanya “tok laki” itu ialah suami. Hahahahahaha. Kelakarnya, ingatkan datuk keluarga lelaki atau apa tadi.Perkataan “tok lelaki” ialah dialek Terengganu dan Kelantan. Dia turut menerangkan bahawa mereka turut memanggil mertua dengan panggilan “tok tua” dan bisan sebagai “tok bese”.
Inilah bukti menunjukkan uniknya bahasa kita, dan ia merupakan kelebihan negara Malaysia yang mempunyai dialek yang pelbagai sekaligus boleh menaikkan nama Malaysia di mata dunia menerusi bahasa!
“Sot-set”: jom pakat-pakat guna dialek negeri kita, jangan malu-malu ya.=)

dikirbarat - pilih tok laki - ezrin n nadieya

Upacara pengebumian masyarakat Cina


Kisah ini telah lama berlaku, iaitu semasa saya dan Mahsuri (bukan nama sebenar) pergi ke Pekan TM untuk membeli tiket balik kampung (entri saya yang kedua). Saya teringat untuk menceritakannya semula apabila terbaca mengenai topik ini. Semasa dalam perjalanan membeli tiket tersebut, saya begitu terkejut dengan nyanyian dan paluan gendang dipalu oleh sekumpulan orang Cina, dan diikuti oleh sebuah bas mini yang di dalamnya hanya terdapat tiga orang penumpang. Secara jujurnya, saya kurang mengetahui fenemona apakah yang sedang berlaku, sehinggalah saya bertanya kepada Mahsuri. Dia memberitahu bahawa ada kematian ahli keluarga mereka. Saya begitu teruja hingga Mahsuri menegur saya supaya tidak nampak terlalu “jakun”. Saya begitu teruja kerana meskipun di kampung sebelah saya terdapat orang Cina tetapi saya tidak pernah mengambil tahu tentang upacara pengebumian atau kematian mereka. Hari tersebut saya melihatnya secara langsung di depan mata. Sekarang saya sudah mempunyai skemata tentang upacara tersebut. Mahsuri mengetahuinya kerana rumahnya bersebelahan dengan orang Cina, dan dia pernah melihat situasi tersebut sebelum ini. Jadi kiranya sayalah “jakun” di sini. Hehehehehe.=)
****
Berdasarkan pembacaan saya tentang upacara ini yang menyebabkan saya teringat akan peristiwa dua bulan lepas itu ialah upacara pengebumian ini dilakukan dengan mengadakan perarakan apabila berlakunya kematian. Perarakan ini biasanya akan diiringi dengan bunyian muzik. Bagi kepercayaan masyarakat ini, seseorang yang menyambut hari kematian yang ke-60 itu sudah memasuki persatuan keranda dan dia perlu membayar yuran bulanan supaya apabila dia mati kelak dia mempunyai keranda yang baik.