Saturday, January 22, 2011

Filem 4 Madu



Salam pembuka bicara dan selamat “bersot-set” semua dalam membicarakan isu sosiolingusitik dalam bahasa Melayu. Kali ini saya ingin mengutarakan beberapa persoalan yang terdapat dalam filem pula. Kali ini saya ingin mengetengahkan penggunaan dialek yang kelihatan menarik dalam filem 4 Madu.. Saya kira anda pasti sudah menonton filem ini bukan? Apakah persepsi anda setelah menonton filem ini? Di sini saya bukanlah mahu bertindak sebagai pengkritik filem atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengannya..Saya hanya tertarik dengan penggunaan dialek Kelantan dan Pulau Pinang yang dituturkan oleh Bienda (Weena) dan Saful Apek (Azlan). Di bawah merupakan sedikit sedutan yang menunjukkan penggunaan dialek ini digunakan..



1:51: Eh Syeikh, Hang pasai pa ha?, Hang dok tak puas hati ja ngan aku ni?
8.52: Gilo mu nih..kejo gilo mu ni..Mu tahu dop seumo hidup aku ni, aku tak penah kecek nipu..sampei ke dale mimpi pun aku tak penah kecek nipu. Ni mu nak suruh aku nipu..
8.27: Eeeehh, tokse la kawe nikoh, tokse, tokse!

****
Penggunaan dialek Utara dan Pantai timur ini dilihat memberi kesan kepada penonton terutama kepada anak-anak kelahiran daripada kedua-dua negeri ini..Pada pendapat saya penggunaan dialek merupakan satu usaha dalam memakmurkan lagi bahasa Melayu, mungkin sesetengah pihak tidak bersetuju dengan pendapat saya ini. Namun saya merasakan penggunaan dielek seperti "hang", "kecek", "tokse" merupakan sesuatu yang unik dan harus dipertahankan. Isu tentang masalah ketidakfahaman bagi penonton yang bukan dari tanah kelahiran negeri-negeri di atas untuk memahaminya bukan lagi isu yang perlu diperdebatkan..Bahkan dalam filem sendiri, pihak terlibat mengambil jalan atau inisiatif mudah dengan mengemukakan sari kata di dalam filem tersebut. Meskipun filem ini dikatakan ada kekurangannya dari segi pengisiannya namun saya melihat dari segi penggunaan bahasa Melayunya (dialek) agak menarik dan unik. Tahniah diucapkan kepada pihak yang menjayakan filem ini.=)


"Sot-Set": Martabatkan bahasa kita dalam Filem Melayu.


No comments:

Post a Comment