Monday, January 17, 2011

Tiket Balik Kampung

Tiket Balik Kampung

Semalam aku dengan Mahsuri (bukan nama sebenar) pergi membeli tiket balik kampung di K** dekat kawasan aku belajar ni la.. Masalah tiket habis ni bukan masalah baru, tambah-tambah dekat cuti Raya Cina ni.. patutnya dari awal lagi kami dah beli, tapi kami tak sangka tiket ke utara boleh habis sebegitu cepat. Akhirnya semua tiket nak ke utara pada tarikh yang kami nak semua habis dijual, mulalah kami membuat cadangan untuk turun di Butterworth.. macam nak menangis pun ada..apa-apa pun padan muka kami..tu la, bak kata orang-orang tua di kampung aku (Kedah) “dah nak buang air besar, baru nak korek lubang” mana la nak sempat.. pandai-pandailah korang tafsir.. hehehehe..
Hampir 5 minit menunggu giliran nak membeli tiket ke Butterworth, aku pun menyapa “kakak” yang menjaga kaunter tu.. muka baru nampak, sebab sebelum ni aku tak pernah pun berurusan dengan dia.. alahai masamnya muka, mengalahkan cuka.. mungkin sedikit tertekan dengan kerenah dan rencam manusia di sekitarnya pada masa itu. Di bawah merupakan petikan dialog antara aku dan “kakak” tersebut.
            “Assalamualaikum kak, tiket ke Butterwoth paling awal pukul berapa?” soalku
“Awak tak tengok ke dekat “board” depan tu?? kan dah ada jadual perjalanan.. baca je la dekat situ” sindirnya pedas dengan nada yang agak tinggi tanpa memandang mukaku..
“Oh ya ka, tak perasan la pulak” balasku...
(ala poyo betul la kakak ni.. kalau bagi tahu terus pun bukannya salah pun.. saja nak sindir-sindir orang.. macam bagus sangat) gumamku di dalam hatiku, aku mendidih geram
“Dah tu pukul berapa paling awal kak? Soalku lagi..
“Pukul 9 pagi, 3 petang, 12 malam, lain kali tengok ja dekat “board” depan tu.. Tak perlu datang ke kaunter.. lagi senang, lagipun ramai lagi kat belakang tu. Dia merengus kecil.
“K, terima kasih banyak-banyak ya kak” Sindirku sambil terus berlalu pergi tanpa memandangnya..

********
Anda pernah mengalami situasi yang sama? Situasi ini sememangnya selalu berlaku dalam masyarakat kita. Hal ini berlaku mungkin disebabkan tekanan kerja ditambah dengan kerenah pengguna yang pelbagai. Namun begitu, hal ini sepatutnya dielakkan kerana ia bukan sahaja menjejaskan kualiti perkhidmatan, malah melambangkan tatalaku kita yang negatif secara tidak langsung. Sepatutnya “kakak” tersebut tidak boleh melayan pelanggannya dengan muka yang masam dan menggunakan bahasa sindiran seperti di atas. Tiada salahnya jika dia melayan soalan itu dengan senyuman.. Senyuman itu kan suatu sedekah, hati yang gelisah juga boleh menjadi tenang dengan senyuman tersebut.
Kalimat seperti “Adik boleh rujuk dekat “board” yang pihak kami tampal di bahagian depan pintu masuk, pihak kami dah sediakan jadual perjalanan”, “Apa-apa masalah selepas itu boleh rujuk saya” atau “ minta maaf ya adik, adik boleh rujuk dekat “board” yang pihak kami dah sediakan, saya tak boleh terang dengan panjang lebar, sebab ramai lagi yang nak membeli tiket”..

Itu kan lebih bagus, ingat ya orang-orang yang bekerja dalam perkhidmatan sebegini, khidmat anda perlulah dijalankan dengan seikhlas hati dan penuh sopan-santun.. ingat budi bahasa itu budaya kita, tidak rugi jadi orang yang berbudi bahasa, ke mana pergi disanjung tinggi. =)




2 comments:

  1. Hai, saya sangat setuju dengan komen anda. Saya memang mempunyai banyak pengalaman sedemikian. Memang terdapat banyak insan yang suka menyakiti orang lain dan langsung tidak peduli tentang perasaan orang lain. Sebenarnya, mereka boleh sahaja menjawab pertanyaan kita dengan tidak membuang masa memarahi dan menyindir kita. Pada masa yang sama, anda perlu ditabik kerana masih mengucapkan terima kasih kepada wanita tersebut walaupun anda tidak dilayani dengan baik. Perkara ini mencerminkan diri anda yang mengamalkan nilai yang baik sebagai warga pendidik.

    ReplyDelete
  2. Hai Bawani,
    terima kasih. Bawani juga pernah mengalami perkara yang sama? Sebenarnya situasi ini banyak terjadi dalam masyarakat kita. Sama-samalah kita untuk menanganinya dengan bijak agar kita tidak membalas sedemikian rupa..=)

    ReplyDelete