Saturday, January 22, 2011

Filem 4 Madu



Salam pembuka bicara dan selamat “bersot-set” semua dalam membicarakan isu sosiolingusitik dalam bahasa Melayu. Kali ini saya ingin mengutarakan beberapa persoalan yang terdapat dalam filem pula. Kali ini saya ingin mengetengahkan penggunaan dialek yang kelihatan menarik dalam filem 4 Madu.. Saya kira anda pasti sudah menonton filem ini bukan? Apakah persepsi anda setelah menonton filem ini? Di sini saya bukanlah mahu bertindak sebagai pengkritik filem atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengannya..Saya hanya tertarik dengan penggunaan dialek Kelantan dan Pulau Pinang yang dituturkan oleh Bienda (Weena) dan Saful Apek (Azlan). Di bawah merupakan sedikit sedutan yang menunjukkan penggunaan dialek ini digunakan..



1:51: Eh Syeikh, Hang pasai pa ha?, Hang dok tak puas hati ja ngan aku ni?
8.52: Gilo mu nih..kejo gilo mu ni..Mu tahu dop seumo hidup aku ni, aku tak penah kecek nipu..sampei ke dale mimpi pun aku tak penah kecek nipu. Ni mu nak suruh aku nipu..
8.27: Eeeehh, tokse la kawe nikoh, tokse, tokse!

****
Penggunaan dialek Utara dan Pantai timur ini dilihat memberi kesan kepada penonton terutama kepada anak-anak kelahiran daripada kedua-dua negeri ini..Pada pendapat saya penggunaan dialek merupakan satu usaha dalam memakmurkan lagi bahasa Melayu, mungkin sesetengah pihak tidak bersetuju dengan pendapat saya ini. Namun saya merasakan penggunaan dielek seperti "hang", "kecek", "tokse" merupakan sesuatu yang unik dan harus dipertahankan. Isu tentang masalah ketidakfahaman bagi penonton yang bukan dari tanah kelahiran negeri-negeri di atas untuk memahaminya bukan lagi isu yang perlu diperdebatkan..Bahkan dalam filem sendiri, pihak terlibat mengambil jalan atau inisiatif mudah dengan mengemukakan sari kata di dalam filem tersebut. Meskipun filem ini dikatakan ada kekurangannya dari segi pengisiannya namun saya melihat dari segi penggunaan bahasa Melayunya (dialek) agak menarik dan unik. Tahniah diucapkan kepada pihak yang menjayakan filem ini.=)


"Sot-Set": Martabatkan bahasa kita dalam Filem Melayu.


Variasi Bahasa


Sedang bercerita tentang bahasa halus, saya ada terbaca tentang variasi bahasa dalam TUTOR ONLINE. Saya rasa penerangan dan contoh yang diberikan begitu jelas dan menarik. Jadi saya ingin kongsikan maklumat di bawah dengan rakan-rakan yang lain, sekali gus dengan harapan ia dapat menambahkan dan mengukuhkan pengetahuan dan idea tentang ilmu sosiolinguistik yang merangkumi variasi bahasa dan ranah-ranahnya yang jelas menunjukkan betapa uniknya bahasa kita.

Variasi Bahasa

Berikut adalah beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa Melayu.
Variasi bahasa
Kepelbahagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa.
Dialek
Merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna dalams esuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ii dikenali sebagai dialek.
Idiolek
Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu.
merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu.
Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan.
Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga.
Dialek kawasan
Variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya.
Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan bahsa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.
Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia, Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu.
Dialek sosial
Dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkinberbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis rasmi, orang akanmenggunakan bahasa-bahasa yang formal. Varisi-variasi ini yangbrkiatand enan dialek sosial, dikatakan sebagai dialek sosial.

Oleh itu, bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis variasi, iaitu idiolek, dialek kawasan atau loghat, dialek sosial. 


Berdasarkan konteks yang umum, pengunaan bahasa dapat dibahagikan kepada bahasa formal dan tak formal.
Contoh bahasa formal - Bahasa Baku dan Bahasa Diraja atau Bahasa Istana.
Contoh bahasa tak formal - Bahasa mesra, bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa pasar, bahasa halus, bahasa kasar, bahasa dialek dan sebagainya.
Bahasa formal dan bahasa tak formal dapat dibezakan dengan membandingkan ragam bahasa bebas dan bahasa terkawal, dan ragam bahasa mesra dan bahasa formal.

Ragam Bahasa Bebas dan Bahasa Terkawal
Ragam Bahasa Bebas
Bahasa Terkawal
Ayat yang tidak gramatis.
Tidak mementingkan aspek sebutan, intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat, dan tatabahasa.
Contoh: You ni betullah degil sangat. I dah warning you banyak kali, tapi you masih hendak ke tempat tu.
Ayat yang gramatis
Mementingkan aspek-aspek sebutanm intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat dan tatabahasa.
Contoh: Awak sangat degil. Saya telah berkali-kali memberi amaran supaya jangan pergi ke tempat itu, tetapi awak masih hendak ke sana.





Bahasa Slanga
Bahasa tidak rasmi, tidak baku.
Dianggap lebih rendah tarafnya daripada bahasa standard.
Menggunakan kata-kata remaja seperti brader, pakwe, mengancam, sekeh, boring.

Bahasa Basahan
Juga disebut sebagai bahasa kolokial.
Za'aba menggelar bahasa ini sebagai bahasa cakap mulut.
Merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks tidak rasmi.
Terdapat tiga jenis perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan, iaitu:
(a) perkataan berbeza untuk makna yang serupa
Bahasa Baku
Bahasa Basahan
mengapa
kenapa
bagaimana
macam mana
sedang
tengah
(b) bentuk kependekan
Bahasa Baku
Bahasa Basahan
hendak
nak
tidak
tak
sudah
dah
                                                                   
(c) perubahan bunyi
Bahasa Baku
Bahasa Basahan
ambil
ambik
kecil
kecik
pula
pulak
 
Bahasa Pasar
Bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu
Pelat penyebutan dipengaruhi oleh pelat bahasa ibunda penutur.
Tidak gramatis dengan mengabaikan hukum DM dan penggunaan penjodoh bilangan.
Contoh: Pengunaan Gua menggantikan saya (ganti diri orang pertama) dan `lu' (ganti diri nama kedua).
Menggunakan banyak sebagai kata penguat, contoh: banyak cantik.
Kerap menggunakan perkataan `punya' , contoh: dia punya barang, apa punya budak.

Bahasa Kasar
Bahasa yang dhamburkan dengan mengikut perasaan. Kata-kata esat ialah contoh bahasa kasar seperti bangang, bodoh, tak berotak dan sebagainya.
Ada pihak yang mengatakan perkataan jantan dan betina, jika ditujukan kepada manusia juga tergolong dalam bahasa kasar.
Bagaimanapun, kesannya kepada orang lain adalah subjektif, kerana adakalanya bahasa yang dianggap kasar di kawasan tertentu dianggap gurauan atau bahasa cakap mulut di kawasan yang lain. Misalnya perkataan celaka diaggap kesat di Selangor, tetapi dianggap biasa di Melaka.

Dialek
variasi daripada sesuatu bahasa tertentu dan dituturkan oleh sekumpulan masyarakat bahasa tersebut.
Dialek ditentukan oleh fakor geografi dan sosial.
Dialek berbeza dari segi:
a. Sebutan
Contoh: Perkataan ``air'' disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq, ayo.
b Gaya lagu bahasa
Contoh: Dialek Perak biasanya mempunyai sebutan yang lebih laju daripada Negeri Sembilan.
c. Tatabahasa
Contoh: penggunaaan imbuhan per- dan -kan.
perbesar (dialek Kedah) dan besarkan (dialek Johor).
(d) Kosa kata
Contoh: bewoh (dialek Kelantan bermaksud kenduri)
(e) kata ganti diri
Contoh ambo (dialek Kelantan bermaksud saya)
Hang (dialek utara bermaksud kamu)

Sumber: http://www.tutor.com.my/stpm/variasi_bahasa.htm

"Kencing" sebagai Bahasa Halus?


Salam pembuka bicara… Selamat “bersot-set2” tentang bahasa kita. Kali ini saya ingin membicarakan tentang variasi bahasa Melayu yang pelbagai termasuklah penggunaan Bahasa Halus. Bahasa halus wujud kerana pertimbangan terhadap orang yang dilawan bertutur. Kedudukan, pangkat, umur dan keakraban orang yang dilawan bertutur mempengaruhi pemilihan perkataan dan kata ganti nama. Bahasa halus juga ada kalanya digunakan dalam surat menyurat apabila kata-kata yang bersopan digunakan. Kata ganti nama diri merupakan ciri-ciri yang penting, seperti penggunaan anakanda, ayahanda, adinda, kekanda, bonda dan nenda. Bahasa kiasan dan peribahasa digunakan dengan meluas untuk menyatakan sesuatu secara halus atau tidak berterus terang.
Contoh: Buang air kecil, buang air besar, berbulan madu, berbadan dua.
Berikut diturunkan beberapa contoh:
Bahasa Basahan
Bahasa Halus
kencing
Buang air kecil
berak
Buang air besar
mengandung/bunting
Berbadan dua
kubur
makam
 ****
“Nak kencing orang nombor satu!”
Apakah yang anda faham apabila membaca ayat di atas? Ayat di atas saya “kutip” daripada perbualan seorang pelajar UPSI ketika berada di dalam bas menuju ke pasar malam..Agaknya dia begitu marah dengan seseorang, hingga bercakap lepas sehingga tidak memperdulikan mata-mata dan telinga-telinga disekelilingnya. Saya hanya memasang telinga mendengar ceritanya yang nyata tidak berpuas hati dengan seseorang yang menipu dirinya. “Kencing” di sini dapat saya tafsirkan sebagai menipu/bohong dan sebagainya. Hal ini ternyata amat berbeza maksudnya dengan bahasa basahan yang kita bincangkan di atas, iaitu “kencing” yang membawa makna membuang air kecil. Hal ini saya kira bukanlah suatu perkara asing yang baru berlaku, namun sudah lama berlaku akibat perubahan masa. Bahasa tidak formal seperti ini sering kali dituturkan oleh generasi muda sekarang. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa  variasi bahasa dalam bahasa Melayu itu sendiri membawa makna yang pelbagai, dan kita perlu menentukan makna sesebuah kata berdasarkan konteks. Konteks yang berbeza ini perlu difahami agar tidak berlaku salah tafsir atau salah faham maknanya.

Friday, January 21, 2011

Bahasa SMS umpama Virus

Salam kepada semua pembaca..Selamat “bersot-set2” tentang bahasa kita di hujung minggu.. =)..Pagi semalam saya sempat menghadiri satu seminar berkaitan isu bahasa dalam konteks sosiolinguistik bersama tokoh bahasa, Prof. Awang Sariyan di Dewan Seri Tanjung, UPSI.. Dalam seminar ini pelbagai isu telah dikupas termasuklah penggunaan bahasa SMS dalam perbualan harian mahupun penulisan..Saya begitu tertarik dengan isu tersebut kerana rata-rata rakyat di Malaysia kini gemar menggunakan bahasa SMS ini. SMS atau singkatan kepada “Khidmat Pesanan Ringkas” ini digunakan secara tidak terkawal dan sewenang-wenang oleh pengguna SMS, terutamanya dalam SMS yang disiarkan di layar televisyen telah melahirkan kerisauan kepada ahli bahasa kerana gejala ini boleh memberikan kesan terhadap perkembangan bahasa Melayu.
Serentak dengan perkembangan SMS itu juga, baik SMS yang hanya dapat dibaca di layar telefon mahupun yang dapat dibaca di layar tv, satu gejala baru yang turut berkembang, iaitu bahasa SMS. Bahasa SMS ialah bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi secara tulisan melalui saluran SMS, dan bahasa yang lazim digunakan ialah bahasa yang tidak baku atau bahasa basahan. Bahasa ini dari aspek leksikalnya mempunyai unsur-unsur campuran antara bahasa Melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa daerah atau dialek. Singkatan dan gabungan kata juga turut digunakan secara sewenang-wenangnya dalam bahasa SMS, seperti leh join (boleh bergabung), yg cute (yang cantik), sume (semua), jer (sahaja), dan pastu (selepas itu). Selain itu,
huruf, angka dan simbol juga turut digunakan dalam SMS, seperti U (awak), I (saya), 4 (untuk), 2 (itu), @ (atau), dan $ (duit).
Sebagai bakal pendidik, saya merasakan gejala ini tidak seharusnya dipandang remeh oleh masyarakat kerana bahasa SMS ini rata-ratanya banyak dituturkan oleh generasi muda atau remaja. Bahasa yang dituturkan sehari-hari banyak memberi kesan kepada prestasi mereka di sekolah terutama dalam penulisan karangan. Mereka akan cenderung menggunakan bahasa SMS ini dalam penulisan di sekolah, baik dalam bahasa Melayu itu sendiri mahupun dalam mata pelajaran yang lain.  Jadi, apakah yang seharusnya kita sebagai bakal pendidik lakukan untuk menangani gejala ini. Hanya memandang, mendengar dan membiarkan? Atau bersiap sedia dengan perisai dan senjata yang ampuh untuk menentang virus-virus kecil ini agar bahasa kita tidak diinjak-injak di kemudian hari. Mari, rakan taulan semua kita lakukan perkongsian idea bagaimana kita sebagai insan yang kerdil mahu menumpaskan gelombang bahasa SMS ini dengan berhemah?…

SEMINAR ISU-ISU SOSIOLINGUISTIK BAHASA MELAYU SEMASA
BERSAMA PROF. DR AWANG SARIYAN

Sot-Set2: Tertarik dengan kata-kata Prof. Dr Awang Sariyan “Bangsa Besar Melayu Mahawangsa”

Sumber: http://www.dbp.gov.my/khidmatsms.pdf

Monday, January 17, 2011

Tiket Balik Kampung

Tiket Balik Kampung

Semalam aku dengan Mahsuri (bukan nama sebenar) pergi membeli tiket balik kampung di K** dekat kawasan aku belajar ni la.. Masalah tiket habis ni bukan masalah baru, tambah-tambah dekat cuti Raya Cina ni.. patutnya dari awal lagi kami dah beli, tapi kami tak sangka tiket ke utara boleh habis sebegitu cepat. Akhirnya semua tiket nak ke utara pada tarikh yang kami nak semua habis dijual, mulalah kami membuat cadangan untuk turun di Butterworth.. macam nak menangis pun ada..apa-apa pun padan muka kami..tu la, bak kata orang-orang tua di kampung aku (Kedah) “dah nak buang air besar, baru nak korek lubang” mana la nak sempat.. pandai-pandailah korang tafsir.. hehehehe..
Hampir 5 minit menunggu giliran nak membeli tiket ke Butterworth, aku pun menyapa “kakak” yang menjaga kaunter tu.. muka baru nampak, sebab sebelum ni aku tak pernah pun berurusan dengan dia.. alahai masamnya muka, mengalahkan cuka.. mungkin sedikit tertekan dengan kerenah dan rencam manusia di sekitarnya pada masa itu. Di bawah merupakan petikan dialog antara aku dan “kakak” tersebut.
            “Assalamualaikum kak, tiket ke Butterwoth paling awal pukul berapa?” soalku
“Awak tak tengok ke dekat “board” depan tu?? kan dah ada jadual perjalanan.. baca je la dekat situ” sindirnya pedas dengan nada yang agak tinggi tanpa memandang mukaku..
“Oh ya ka, tak perasan la pulak” balasku...
(ala poyo betul la kakak ni.. kalau bagi tahu terus pun bukannya salah pun.. saja nak sindir-sindir orang.. macam bagus sangat) gumamku di dalam hatiku, aku mendidih geram
“Dah tu pukul berapa paling awal kak? Soalku lagi..
“Pukul 9 pagi, 3 petang, 12 malam, lain kali tengok ja dekat “board” depan tu.. Tak perlu datang ke kaunter.. lagi senang, lagipun ramai lagi kat belakang tu. Dia merengus kecil.
“K, terima kasih banyak-banyak ya kak” Sindirku sambil terus berlalu pergi tanpa memandangnya..

********
Anda pernah mengalami situasi yang sama? Situasi ini sememangnya selalu berlaku dalam masyarakat kita. Hal ini berlaku mungkin disebabkan tekanan kerja ditambah dengan kerenah pengguna yang pelbagai. Namun begitu, hal ini sepatutnya dielakkan kerana ia bukan sahaja menjejaskan kualiti perkhidmatan, malah melambangkan tatalaku kita yang negatif secara tidak langsung. Sepatutnya “kakak” tersebut tidak boleh melayan pelanggannya dengan muka yang masam dan menggunakan bahasa sindiran seperti di atas. Tiada salahnya jika dia melayan soalan itu dengan senyuman.. Senyuman itu kan suatu sedekah, hati yang gelisah juga boleh menjadi tenang dengan senyuman tersebut.
Kalimat seperti “Adik boleh rujuk dekat “board” yang pihak kami tampal di bahagian depan pintu masuk, pihak kami dah sediakan jadual perjalanan”, “Apa-apa masalah selepas itu boleh rujuk saya” atau “ minta maaf ya adik, adik boleh rujuk dekat “board” yang pihak kami dah sediakan, saya tak boleh terang dengan panjang lebar, sebab ramai lagi yang nak membeli tiket”..

Itu kan lebih bagus, ingat ya orang-orang yang bekerja dalam perkhidmatan sebegini, khidmat anda perlulah dijalankan dengan seikhlas hati dan penuh sopan-santun.. ingat budi bahasa itu budaya kita, tidak rugi jadi orang yang berbudi bahasa, ke mana pergi disanjung tinggi. =)




Sunday, January 16, 2011

Salam Ukhwah...

Lebah bukan sebarang Lebah,
Lebah hinggap di cucuran atap,
Sembah bukan sebarang sembah,
Sembah saya mohan bercakap..
(Pantun yang selalu didendangkan oleh Dato' Paduka Rosli Saluddin)

Assalamualaikum, salam pembuka bicara..

Salam perkenalan untuk sahabat-sahabat yang mengambil kertas Sosiolinguistik, juga kepada teman-teman lain yang ingin berkongsi cerita-cerita bahasa dari aspek sosiolinguistik.
Kenapa saya memilih "sot-set" bahasa kita sebagai tajuk blog saya? "sot-set" yang digandakan ini merujuk kepada ungkapan bisik-bisik atau sembang-sembang bahasa kita dengan keadaan yang santai dan ringan, namun hakikat yang ingin dicapai tetap terlaksana, iaitu memperihalkan kisah bahasa kita sama ada yang positif atau negatif.

Kehidupan sehari-hari yang penuh dengan gelagat manusia sekeliling pastinya penuh dengan rencah kehidupan sama ada yang sedap didengar, ditonton, atau pun tidak..Kadang-kadang kita tidak menyedari kalimat yang keluar dari mulut kita sehinggakan boleh mengguris hati dan naluri orang lain, terutama teman-teman karib. Bak kata pepatah, lidah yang panjangnya tiga inci itu mampu memebunuh manusia yang tingginya enam kaki. Dasyat bukan??

Memang ada yang berkata, kita hanya insan yang biasa yang tidak semuanya sempurna, tetapi tidak mahukah kita berusaha ke arah penyempurnaan diri itu?
Terdapat banyak kata-kata hikmah yang lahir dari lidah pendeta bahasa bagi menjadikan masyarakat kita sebagai masyarakat yang berbudi bahasa, yang peka tentang perkembangan bahasa sekaligus menjadikan diri kita ke arah yang lebih sempurna.
 Jadi, sebaiknya bentuklah diri kita sedikit demi sedikit untuk menjadi manusia yang berbudi bahasa, kerana walau ke mana kita pergi sekalipun kita tetap akan disukai.=)

"Sot-set": Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita ialah kapal yang belayar di lautan tersebut dan banyak kapal yang telah karam di dalamnya. Andainya muatan kita adalah iman dan layarnya takwa, nescaya kita akan terselamat daripada tersesat di dalamnya.