Tuesday, March 15, 2011

Busuk Macam Bangkai


Tengah hari saya turun ke cafeteria di kolej untuk membeli makan. Selera makan hilang begitu sahaja melihat menu-menu yang ada, langsung tidak menarik. Tambahan pula perut yang meragam sejak semalam membataskan saya untuk makan menu sembarangan. Selera yang patah tadi terus tumbuh dengan mekar apabila saya terpandang ayam dan rebung masak cili api. Warnanya yang kuning itu memikat hati saya. Saya pun dengan cepat mengambil plastik untuk membungkus menu tersebut. Saya terpaksa menunggu sebentar, kerana ada insan yang begitu “sopan santun”  sedang membelek-belek menu tersebut, mungkin hendak tahu apakah isi yang diletak bersama masak lemak rebung tersebut.
Tapi yang membuatkan hati saya membara apabila dia menyebut “eee apa ni? Busuk macam bangkai ja bau!” gedik perempuan “sopan santun” tersebut.
Suhu kemarahan saya sudah di tahap kemuncak, kerana pantang bagi saya dan keluarga menghina makanan, meskipun makanan tersebut tidak menepati selera kita. Sekurang-kurangnya hormatlah orang yang suka akan makanan itu. Lalu saya membalas “ nak beli ke tak?” ujar saya agak tegas. “erm tak nak-tak nak” balasnya sambil ketawa kuat bersama rakan-rakannya. Mendengar letusan ketawanya itu, membuatkan saya membalas “kalau tak nak, tepi sikit boleh? Saya nak!” Terus dia beredar ke ruangan menu goreng-goreng. Harap muka saja lawa, nampak sopan-santun tapi mulut macam …? Saya mula berfikir apa yang busuknya? Rebungkah? Saya tahu rebung memang agak berbau, tapi janganlah sampai menghina makanan seperti itu. Orang bandar agaknya, tapi orang bandar pun tahu makan rebung la. Rezeki itu kurniaan Allah S.W.T ya, jadi jangan merendah-rendahkan kurniaan Allah. Itu namanya takbur dan riak namanya.
****
Saya kira bandingan yang dia maksudkan untuk rebung itu langsung tidak kena, sebabnya rebung tersebut tidak langsung berbau macam bangkai. Sepatutnya dia tidak boleh berkata sedemikian, kerana ia mencerminkan siapa dirinya meskipun dia berselindung di bawah tiket “sopan-santunnya” itu. Selalunya kita bandingkan sesuatu yang berkaitan dengan objek tersebut sama ada orang, binatang, tumbuh-tumbuhan, benda dan banyak lagi dalam persekitaran kita. Tapi bagi saya rebung bukanlah berbau bangkai, kerana bangkai itu sendiri merujuk kepada binatang yang sudah mati. Jadi wajarkah kita menyamakan makanan dengan binatang yang sudah mati? Saya kira perempuan “sopan-santun” ini agak kurang nilaai sopan santunya.

No comments:

Post a Comment